Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi

KUALA LUMPUR: Debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan 
Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah
TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima
makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri
Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

"Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 
bahawa Zahid tidak dapat datang," katanya.
Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda
Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai
pengganti.

Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa
sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

"Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam," kata beliau.
Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal 
Rasuah Politik.
Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan 
Presiden PAS minggu depan.


Kirim email ke