Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? 
: Prof Dr Aziz Bari
 
Anna Yusof
PUTRAJAYA, 24 Mei (SK) : KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan 
keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan.
Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah 
yang menghukumkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Tetapi penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. “Buat 
masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek 
teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi 
penghakiman bertulis,” ujarAziz lagi.
Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak 
merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak 
menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.
Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan 
Persekutuan mengisytiharkan darurat.
Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Stephen 
Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan 
Nizar Jamaluddin di Perak (2008).
Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno 
termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan 
perlembagaan yakni Perkara 72(1).
“Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan 
kehendak dan semangat perlembagaan,” tegasnya lagi.
Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan 
sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap haram kerana cara 
perlantikannya melanggar peraturan dewan.
Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa aneh mengapa 
Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi 
tidak percaya.
“Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah 
cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi”, ujarnya.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada 
kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap 
menteri besar yang ada.
Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak 
membantu memperkasa demokrasi. “Ia juga tidak selaras dengan kedudukan 
eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan 
majoriti di dalam dewan”.
Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu 
dilakukan. Katanya, “Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak 
percaya ini dan bukan sebaliknya”.
Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau 
memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak 
percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar 
kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.
Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. 
“Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. 
Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia 
menghadapinya,” kata Aziz.
Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah 
Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah- olah sultan mempunyai kuasa yang lebih 
besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah 
telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.
Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat 
demokrasi di negara ini. “Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai 
tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan 
keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih 
kerajaan”.
Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah 
Rayuan menamatkan krisis politik di Perak.
“Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan 
menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif,” ujarnya..
 
 
SK
24Mei2009


      Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke