Minta maaflah kepada Sdr Ridzuan. Betul juga ya ! Ketua Pemuda PAS (selepas ini 
mungkin akan memegang jawatan Naib Presiden PAS) adalah orang Johor. Bila 
saudara sebut Johor diabaikan oleh kerajaan BN saya macam terfikir pula tentang 
ramai dari kalangan kita yang Islam sebab dah Islam merasa cukup dengan amalan 
Islam nya dan sanggup pula menolak syariat Islam yang penegakannya perlu kepada 
kewujudan satu jemaah Islam yang benar-benar berjuang untuk kembali menegakkan 
al Quran dan al Sunnah. Maka menyertai/menyokong jemaah (parti) yang lebih 
bersungguh-sungguh ingin menegakkan syariat Islam saya rasa sudah menjadi satu 
kewajipan dan tiada lagi ruang membolehkan seseorang Islam itu untuk tidak 
berpihak/ tidak berparti.
 
Jika sekiranya parti tidak wujud tetapi terdapat kumpulan-kumpulan jemaah yang 
ingin menuju kepada kesempurnaan agama Allah maka menjadi kewajipan kita 
menyertai jemaah mana yang lebih hampir dalam mencari keredaan dan berjuang 
untuk agama Allah swt lebih-lebih lagi jika wujud suasana di mana agama 
"dipersendakan". Menyeru kepada makruf dan cegah kemungkaran adalah suatu 
kewajiban. Dalam al Quran ada dua saja tempat disebut oleh Allah SWT 
untuk menerima balasan iaitu samada syurga atau neraka. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Mon, 6/1/09, redz...@yahoo.com <redz...@yahoo.com> wrote:


From: redz...@yahoo.com <redz...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugikah UMNO jika Islam dijadikan 
dasar perjuangan !!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, June 1, 2009, 1:24 AM













jgn kata org Johor mcm tu...weii.
mcm ler..org johor ni jahil sgt ttg islam.
 
Pada aku org Johor ramai yg belum pandai dan faham ttng politik semasa.Cara 
ahli politik UMNO Johor berkerja mungkin diterima oleh mereka,sebab itu UMNO 
masih mendapat tmpt di hati mereka.Apa pun akhir2 ni gelombang perubahan kian 
melanda.
 
Sebagai anak JOhor,kadang2 aku rasa mcm terpedaya.Kerajaan mencurahkan pelbagai 
projek untuk menawan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Di Johor apa pun 
tak nampak,jalanraya berlubang-lubang, bergelombang ,tampalan tak senonoh,malah 
banyak projek yg dinikmati oleh negeri yang dikuasai pembangkang tidak dapat di 
JOhor,sedangkan rakyat menyokong UMNO dan menyebabkan BN menang besar dalam PRU 
lalu.
 
Mungkin BN menganggap JOhor dah mantap, tak perlu diberi perhatian.Kalau tak 
buat apa-apa pun org Johor tetap sokong BN.
itu generasi datuk nenek kita la...sekarang orang-orang tua yg setia tahap 
gaban dengan UMNO dah ramai yang meninggal.Yang tinggal generasi baru yang 
terdedah dengan maklumat dan mengikuti perkembangan semasa, jadi UMNO Johor 
khususnya BN.Jangan abaikan JOHor, berhati-hatilah. ....
 
Orang tak ada parti mcm aku akan pilih pemimpin berdasarkan peribadi pemimpin 
itu sendiri. Aku takkan pilih calon pemimpin berdasarkan parti dia.Masa PRU 
lalu, ada makcik datang kat aku,
dia kata makcik harap anak pilih BN,jgn tgk sapa,sapa pun BN pilih kita 
sokong.BN dah banyak berjasa pada kita.Aku malas nk berbalah sebab nak 
cepat.Tetapi dalam hati aku ckp,kalau BN letak babi sebagai calon pun aku kena 
undi dorg gak ke???apa bodoh sangat ke aku?? cetttt...... .
 
 
 

--- Pada Rab, 20/5/09, roza...@yahoo. com <roza...@yahoo. com> menulis:


Daripada: roza...@yahoo. com <roza...@yahoo. com>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugikah UMNO jika Islam dijadikan dasar 
perjuangan !!
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Tarikh: Rabu, 20 Mei, 2009, 6:28 PM




boleh tolong check tak?


http://www.youtube. com/watch? v=rt7HAMhS8M0


tengok sendiri, fikir sendiri.



2009/5/12 <>













Aswt,
    
     Menteri Besar Perak yang sah adalah DS Mohd Nizar. Itulah keputusan yang 
dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Namun UMNO tetap tidak berpuas hati dan akan terus 
merayu kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan. Nampaknya UMNO yang sangat gemar 
bermain dengan taktik taktik kotor selama ini terpaksa akur mereka tidak 
selamanya akan berjaya berbuat demikian. Apa juga perbuatan tidak beretika UMNO 
selama ini akan digambarkan oleh media yang dikawal mereka sebagai tetap 
baik. UMNO sebagai parti tulang belakang kerajaan BN sepatutnya menilai semula 
arah tuju perjuangan mereka !! Bukan kah mereka juga (ahli UMNO) adalah 
beragama Islam dan percaya kepada kitab suci al Quran ?? Jika Islam dijadikan 
dasar mereka berpolitik apakah mereka akan rugi (mengambil kira rugi di dunia 
dan rugi di akhirat) ?? 
 
     Sepatutnya pemimpin tertinggi UMNO menilai semula taktik taktik keji yang 
mereka lakukan keatas kerajaan PAS Kelantan apa kah ianya menguntungkan mereka 
? Bahkan hari demi hari rakyat Kelantan semakin benci dengan gelagat UMNO 
bahkan situasi sama terjadi diserata negeri yang ramai pendudok Islam kecuali 
Johor. Ternyata tindakan UMNO pada penghujung pemerintahan Mahathir dan di era 
Abdullah hanya dirasai kesannya dalam PRU 12 pada 8 March 2008 hinggakan 
beberapa negeri lain turut dapat dikuasai PAS (walau pun tidak mutlak di 
negeri-negeri tertentu). Namun tidak juga kedengaran nada pemimpin tertinggi 
UMNO untuk mendekati perjuangan PAS. Ini amat berbeza dengan setengah pemimpin 
tertinggi PAS yang masih berhasrat menubuhkan kerajaan Perpaduan demi kebaikan 
umat Melayu dan Islam di negara ini sehingga dilihat seperti terdapat kemelut 
perpecahan dalam parti PAS sendiri berikutan keinginan beberapa pemimpin 
berusaha kearah merealisasika n konsep
 tersebut !!
 
   Konsep kerajaan Perpaduan ini sepatutunya diteruskan sekiranya ia dapat 
merealisasikan hasrat dan cita-cita PAS menegakkan Islam di negera ini tapi 
jika ianya tidak mungkin mendatangkan sebarang faedah kepada perjuangan PAS 
selama ini eloklah tutup buku sahaja mengenainya. Namun di saat PAS menghadapi 
musim pemilihan pemimpin tertinggi di semua peringkat mungkin ianya tidak perlu 
dijadikan isu utama supaya tidak berlaku perpecahan yang sia-sia kerana dasar 
itu hanya sekadar disuarakan Presiden parti dan untuk menjadi realiti bukanlah 
sesuatu yang cukup dengan masa sekadar satu atau dua bulan, ianya mungkin 
memerlukan masa yang lebih panjang. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal





--
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer .com.my



Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
















      

Kirim email ke