Assalamualaikum saudara.
Saya berminat dan tidak mahu ketinggalan zaman dek arus ihidup zaman sekarang 
yang dugaan dan perubahan yang kita tahu maupun tak tahu setuju atau tak 
setuju.Sebagai Manusia biasa walaumacammana pun hidup harus di teruskan dan 
amat penting bagi saya Seorang IBU harus memilih jalan yang selamat dan 
diberkati Allah untuk membimbing anak2 saya.Jesteru itu menerusi arena ini saya 
Mohan laluan  saya perlu pertolongan tolong jelaskan apakah itu DEB/KKN supaya 
dapat faham dengan jelas.
Sila emailkan juga ke email baru saya 
[email protected]<mailto:[email protected]> suyapa saya tidak 
kehilangan terus berita2 yang menarik dari saudara am nya Ikhwanul Muslimun.

Thanks & Best Regards
Radziah Samsudin
ATCS Support Groups
Tel : +604 - 433 6707
________________________________
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf 
Of karabas
Sent: Wednesday, May 27, 2009 2:57 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] NAJIB Cakap Nak Hapus DEB. Semuanya Pakat 
SENYAP SUNYI.






NAJIB Cakap Nak Hapus DEB. Semuanya Pakat SENYAP SUNYI.
________________________________

24 May 2009


Najib Khianati Orang Melayu?

Dari Lanailestari

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan 
tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu 
lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun 
melangkaui had masanya,pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka 
dengan Najib;persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib "berani" 
mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di 
tanahair?

Pada hemat saya,Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk 
mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan 'brainchild' 
ayahanda beliau,Tun Razak.Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang 
berwenang mendapati,antaranya,DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan 
segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN 
sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melaytu/Bumiputera malah 
yang bukan Melayu di ulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap 
mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Pada perkiraan Najib,dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau 
berharap tidak ada "backlash" dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam 
beliau;ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang 
langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB.Tidak ada 
sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya 
kira,akhbar-akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun 
sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut 
Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) 
serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang 
dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira di komplimentarikan (complement) oleh 
Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat 
sebagai "mencuri" idea dan gagasan pembangkang.Najib,pada masa yang sama,gagal 
memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan 
pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 
1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang 
ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintangpukang dari Rais 
Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

Apakah bentuk dan susunatur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB?Bagaimana 
rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan?Siapakah yang 
menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan 
masyarakat dan iklim ekonomi?Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar 
yakni agihan kekayaan yang tidak adil,rasuah yang membarah,jurang pendapatan 
dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu?Bagaimana pula dengan 
statistiks yang menunjukkan nisbah professional Melayu berbanding bukan Melayu 
yang jauh melebar?Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak 
menguntungkan anak-anak sekolah?

Kesemua persoalan ini,saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea 
besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks 
dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan 
untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib 
sendiri.

Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar soraksorai 
yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan 
fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai 
lagi yang ditujukan kepada beliau.Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil 
tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat 
mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan 
besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar 
kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik 
sokongan masyarakat bukan Melayu.Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu 
kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak 
itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat 
menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah 
kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu. Menyedihkan citra 
para ilmuan tanahair yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

Nah,sekarang pemimpin 'numero uno' UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura 
untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai 
ganti kepada dasar tersebut.Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan 
pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para 
profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM;apakah kelak akan dianjurkan perarakan 
atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah 
kenyataan Najib tersebut?

Saya juga menunggu sikap para pengemudi suratkhabar seperti Utusan 
Malaysia,apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib 
atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan?Lebih jauh dari 
itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau 
tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku 
ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO 
sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui 
oleh Anwar Ibrahim.Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang 
dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang.Ertinya mereka tetap bersedia untuk 
menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan 
mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada 
dengan memuji dan memuja Najib semahunya.
Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.

Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan 
dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda 
Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen 
Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan 
kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi 
denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil 
dan makmur.Ertinya,tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal 
total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak 
lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.


** 
kedahLanie..!!<http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/najib-cakap-nak-hapus-deb-semuanya.html>


Karabas


________________________________
Get your preferred Email name! 
<http://sg.rd.yahoo.com/aa/mail/domainchoice/mail/signature/*http:/mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/>
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

Kirim email ke