Adakah tanah Adat / Rizab Melayu akan tergadai lagi kerana 'kepekakan' Umno
Oleh Chegubard 
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/adakah-tanah-adat-rizab-melayu-akan.html 

Kita sering dimomokan dengan kononya betapa Melayu perlu bersatu dalam parti 
perkauman Melayu demi mempertahankan hak Melayu. Kononya Cina dan India sering 
berusaha nak ambil hak Melayu....... antaranya ialah mengenai tanah.

'Tanah Rizab Melayu' telah diperkenalkan konsepnya oleh British ketika menjajah 
negara ini dengan kononya menjadikan orang Melayu (yang dikenali sebagai 
pribumi) selesa dengan jaminan hak berpanjangan. Pemimpin Melayu pada ketika 
itu menerima baik dengan harapan apapun kemajuan yang berlaku Melayu tidak akan 
hilang hak penting iaitu tanah.

Tanah Rizab Melayu seharus kekal milik Melayu jika diambil untuk dimajukan ia 
perlu diganti. Jumlah seharusnya sama, semangatnya yang diambil perlu 
diganti....

Itu dulu idea penjajah untuk mewujudkan rasa selesa dan mengurangkan 
penentangan.

Namun kini mana tanah rizab itu. Berapa jumlah rizab Melayu 50 tahun dulu dan 
berapa nilainya kini ? Tidakkah ketika ekstrimes perkauman Melayu itu bercakap 
mempertahankan Umno seperti terlupa betapa Umno sendiri yang menggadaikan hak 
tanah ini.

Di Negeri Sembilan Tanah Rizab ini juga ada dikenali sebagai Tanah Adat 
(berdasarkan konsepnya) juga tidak terasing terhakis dan hilang jumlahnya.

Di Rembau contohnya, kes terbaru. Sejumlah tanah adat akan hilang untuk 
merialisasikan landasan berkembar keretapi.

Orang Kampung dan waris terlibat tidak pernah membantah malah amat suka dengan 
pembangunan. Ingat tak satu ketika dulu sememangnya regim pemerintahlah yang 
menggalakan orang ramai membuat rumah berhampiran sepanjang jalan keretapi 
kerana untuk menggelakan jalan keretapi ini 'sunyi' dan berisiko tinggi 
disabotaj oleh pasukan bersenjata yang menentang regim. Maka regimlah punca 
ramai setinggan berumah di tepi jalan keretapi dan mereka ini juga berkorban 
demi regim dan kini merekalah yang sering ditindas begitu sahaja.

Tetapi kes tanah adat di Rembau ini sedikit ada nilai tambah, majoriti dari 
mereka telah membuka tanah tersebut sebelum pun tiba jalan keretapi.

Kini mereka bakal menjadi mangsa. Tanah mereka hendak diambil. Tanpa 
perbincangan yang lansung menghormati hak mereka.

Mereka telah pergi ke banyak pihak semua tidak melayan termasuk ADUN dan 
Menteri Besar juga. Kononya semua tidak boleh berbuat apa - apa kerana undang - 
undang membenarkan kerajaan persekutuan mengambil alih tanah secara paksa. 
Bukankah 'puak-puak' Umno ini pernah menghunus keris mengancam cina mahupun 
DAP.... DAP tidak pernah mengambil seinci tanah Melayu... tetapi kini Umno yang 
pekak akan menyebabkan siri Melayu hilang tanah akan terus berlaku.

Sila klik sini 
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html
  untuk membaca surat terbuka kepada terbuka cheGuBard kepada Menteri Besar 
Negeri Sembilan.



      

Kirim email ke