*Islam Bersifat Terbuka * *Hadith : *  *Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “ Kamu lebih mengetahui tentang urusan keduniaan kamu sendiri.”

*
*  Riwayat Bukhari & Muslim
*
*Huraian
1. Islam adalah agama yang mudah dan ia memberikan kebebasan kepada umatnya
untuk mengeluarkan pendapat terutama dalam urusan yang menyentuh hal
keduniaan seperti dasar peperangan, urusan pentadbiran, pertanian,
perekonomian dan sebagainya.
2. Berfikiran terbuka akan membolehkan kita mudah diterima oleh orang lain
dan ini akan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain apalagi jika
sikap ini dimilki oleh seorang pemimpin dengan rakyatnya.
3. Dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat, setiap
individu hendaklah mengamalkan sikap berani kerana benar iaitu sesiapa yang
melihat berlakunya penyimpangan dari perkara yang sebenarnya maka hendaklah
ditegur dan dinasihati dengan cara yang baik. Manakala orang yang ditegur
itu pula mestilah bersikap terbuka untuk menerima kenyataan dan
memperbaikinya demi untuk kebaikan semua pihak.

  Ukuran Iman Yang Sempurna  Hadith :  Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu
semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak,
tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan
seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia
berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang
lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya,
tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
  Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian
Pengajaran hadis:
i) Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan
ketidaksempurnaan iman di jiwanya.
ii) Kebahagiaan hidup adalah bergantung pada pertalian keturunan yang baik,
keselamatan akal dan fikiran serta harta benda kerana keturunan yang
terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, akal yang
sihat membolehkan seseorang itu membezakan antara yang baik dan buruk, hak
dan batil serta keselamatan harta benda itu pula membolehkan segala
perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.
iii) Oleh itu Islam melarang keras daripada melakukan perbuatan zina yang
boleh mencemarkan keturunan manusia, minum arak atau menagih dadah yang
boleh merosakkan akal fikiran serta perbuatan mencuri yang menyebabkan
kesusahan orang lain dan sebagainya.
iv) Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh mana seseorang itu
dapat membendung hasutan nafsunya serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang
menggodanya. Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa menjaga
pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat yang
berlaku di sekitarnya.


*




-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Kirim email ke