Cerpen: Alumni Burj Al Haram Oleh Fudzail

SUDAH hujung tahun. Cuaca yang sepatutnya lebih nyaman masih pada tahap
musim panas. Iklim berubah drastik selepas tsunami mengubah sedikit
geografi. Suhu menjadi ekstrim.

Mungkin bumi sudah terlalu tua dan letih setelah begitu lama beredar
berpaksikan matahari. Terlalu tua kerana dinasor yang pernah menghuni juga
telah lupus jutaan tahun dahulu. Yang tinggal hanyalah tulang-tulang dan
minyak daripada limpahan fosil. Minyak yang membawa limpahan kekayaan kepada
bumi bernama UAE ini dan terus melincirkan perjalanan hayat manusia. Minyak
menjadi ekonomi dunia turun naik. Harga setong minyak yang turun naik
membawa impak ke setiap manusia.

Minyak turut membawa jutaan ekspatriat berdagang mencari rezeki. Mencari
wang untuk sesuap nasi. Wang menjadikan bumi berpusing mengikut turun naik
ekonomi. Wang juga menjadikan UAE tarikan untuk jutaan tubuh, walau kekadang
tidak lebih sebagai hamba kepada pembangunan. Hamba kepada ramai Arab-arab
tempatan atau Emirati yang masih berfikiran jahiliah hanya kerana mereka itu
berbangsa Arab yang diberikan minyak.

Sambung SINI<http://dotkomania.blogspot.com/2008/11/alumni-burj-al-haram.html>
*(Iklan : Belilah antologi 'DOTKOMANIA' yang akan diterbitkan oleh DBP bulan
depan)*

Kirim email ke