Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.

PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22
Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian
Kontemporari<http://203.142.6.171/utusan/c.php?c=2&t=http://www.kosmo.com.my>Islam,
Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata,
jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29
hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri
tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada
hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan
berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara
bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika
dihubungi *Utusan Malaysia *hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan
dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19
September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal
dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.

''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut
Aidilfitri pada Ahad 20 September," katanya.

Kirim email ke