Salam, Jika mahu bertemu dan berkenalan dengan orang-orang Melayu di kota London atau di mana-mana bandar di Uinted Kingdom, pergilah ke Malaysia Hall. Pada bila-bila masa sebelah pagi atau petang, anda akan bertemu dengan rakyat Malaysia. Jika berada di Birmingham, pergilah pada sebelah pagi hari Sabtu atau Ahad di pasar berhampirang dengan Bull Ring. Ramaai rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia pergi ke sebuah kedai Cina berhampiran dengan pasar itu yang menjual barang-barang makanan yang menjadi keperluan rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia. Mereka akan berkunjung pada hujung minggu itu untuk membeli barangan keperluan untuk seminggu. Bila bertemu dengan rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, mereka mudh mesra, maklumlah kesemuanya berada jauh di perantauan. Maka mana-mana rakyat Malaysia yang ditinggal di saman mudah untuk mendapat bantuan atau pertolongan dari mereka yang tinggal lama di sana. Semasa saya berada di Birmingham, baharu sehari sahaja tiba telah terserempak dengan seorang rakyat Malaysia semasa berjalan untuk kembali ke tempat penginapan. Bila dia terdengar kami berenam bercakap dalam Bahasa melayu, terus dia menyapa kami. Kemudian dalam pertemuan singkat itu kami memberikan alamat tempat tinggal kami dan menyatakan itu adalah hari pertama kami tinggal di UK. Tiga hari kemudian (hari Rabu) sebelah petangnya, dia tiba di tempat penginapan kami. Kami berbual dalam suasana mesra penuh dengan gelak tawa seolah-olah kami telah mengenalinya beberapa tahun lamanya. Sahabat itu telah berada di sana lebih dari setahun dan seorang guru sekolah Vokasional Setapak sedang mengikuti kursus lanjutan teknikal selama dua tahun di kolej yang sama dengan kami tetapi berlainan kampus. Manakala kami pula belajar untuk Diploma in Purchasing and Supply di IPS, West Bromwich College. Sahabat itu telah memberitahu kami dimana untuk membeli barang-barang keperluan untuk makanan seperti ayam dan daging kambing dari kedai Pakistan yang tidak jauh dari tempat penginapan kami tetapi kedai tersebut agak terpencil dan jarang dilalui. Beliau selalu berkunjung dan tidor di tempat peninapan kami kerana beliau hanya tinggal bersendirian di rumah sewanya. Kami juga bersahabat dengan seorang pelajar dari negara Brunai Darulsallam yang juga mudah mesra. Demikianlah serba sedikit pengalaman selama menuntut di UK. Sahabat itu sekarang ini tidak lagi bertugas sebagai guru tetapi menjadi seorang usahawan perabot yang berjaya. Jika mana-mana ahli group ini pergi ke Sungai Choh, Rawang, anda akan ternampak sebuah bangunan besar yang membuat dan menjual perabot iaitu "ADNAN PERABOT" . Kini beliau bergelar Dato' Adnan. Beliau mudah mesra, pandai memasak dan suka berjenaka. Sekian dan wassalam, para_jump101 [email protected] <Rahmah [email protected]> wrote:
From: Rahmah [email protected] <Rahmah [email protected]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mencari kenalan baru di kota London atau UK To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Monday, June 1, 2009, 6:27 AM salam...saudara/ i ni belajar kat UK atau bekerja?saya bercadang nak sambung belajar di UK dalam bidang sains sos...@sastera. Boleh tak bagi pandangan tentang universiti2 kat sana.TQ --- Pada Rab, 27/5/09, dzia2...@yahoo. com <dzia2...@yahoo. com> menulis: Daripada: dzia2...@yahoo. com <dzia2...@yahoo. com> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Mencari kenalan baru di kota London atau UK Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Tarikh: Rabu, 27 Mei, 2009, 8:42 AM Saya sekarang tinggal di UK dan ingin mencari kenalan/kawan Malaysia atau Singapura atau Brunei yang tinggal di UK atau yang berdekatan dengan kota London. Boleh jugak berborak-borak sambil minum kopi atau teh... Maklum lah agak kesunyian bila kita di perantauan ni... dzia2...@yahoo. com Yahoo! Upcoming: Singapore Arts Festival 2009 15 Mei hingga 14 Jun 2009. Terokai!
