Berhubung dengan Ahli Kitab, saya ingin memberi pandangan. Pada zaman Nabi s.a.w, memang banyak disebut tentang ahli kitab sehingga boleh berkahwin dengan mereka. Pada zaman Nabi s.a.w syariat nabi belum selesai atau sempurna. Jika seseorang itu benar-benar berpegang pada kitab Injil dan Taurat semsetinya dia akan beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi sekarang mereka dengan agama mereka dan kita dengan agamai Islam kita. Mereka tidak mahu berganjak. Jadi adakah halal berkahwin dengan mereka atau mana-mana orang kafir. Pada hukum kita sekarang selain orang Islam adalah kafir. Waima ahli kitab sendiri.
Waraqah Nufail sebagai contoh, seorang ahli kitab. Dan pendita di Sham ketika Nabi mengikut Abu Thalib berniaga yang menasihati Abu Thalib pulang segera sebelum orang yahudi dan nasara menemui dan mengetahui mengenai kenabian Muhammad kerana dikhuatiri akan dibunuhnya Muhammad. Mereka itu belum "Islam" sebab Nabi sendiri belum membawa syari'at yang diturunkan oleh Allah melalui AL Quran. "Islam" di Makkah pada masa itu ialah ajaran yang dibawa oleh Ibrahim. Sebab itulah pada masa Nabi disarankan dalam tasyyahud menyebut "Kamasholai ta'ala Ibrahim". Pada pandangan saya, ahli kitab zaman ini hanyalah mereka yang berpegang kepada Al Quran dan tiada lain. Wasasalam. ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Tuesday, March 3, 2009 16:14:48 Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bercinta dengan wanita ahlil kitab Mendidik Islam Seorang kenalan aku yang sudah lama bermastautin di sini berkahwin dengan wanita Kristian. Wanita itu tetap dengan Kristian dan dia berkata bahawa perkahwinan sebegitu memang diharuskan di dalam Islam. Yang menariknya, wanita itu menyediakan makanan halal dan memastikan anak-anaknya melaksanakan ajaran Islam terutama solat dan puasa. Mereka bukan sahaja prihatin soal halal haram makan tetapi kualiti makanan juga diutamakan. Meskipun makanan tersebut halal tetapi tidak berkhasiat untuk kesihatan, dia akan tolak ke tepi. Berbanding dengan orang Islam biasa, selagi halal mereka akan makan tanpa menghiraukan soal kualiti dan keperluannya. Tahun lepas dia memulakan puasa Ramadan dengan bersahur sesama keluarga. Apabila kami datang ziarah ke rumah mereka, kami tidak khuatir tentang makanan yang disediakan. Mereka juga datang berbuka puasa di rumah kami. Jika di tanahair, aku mungkin dianggap sebagai 'bersubahat' tetapi di sini aku berfikiran bahawa inilah yang terbaik yang mampu kami lakukan untuk mengajaknya memeluk Islam. Sekurang-kurangnya apabila wanita itu berkahwin dengan lelaki Islam, dia sudah memahami agama Islam dari suaminya. Ketika aku membuat majlis doa selamat sewaktu almarhum ayahandaku dalam keadaan sakit, dia datang ke majlis yang diadakan di masjid itu dengan bertudung. Dia turut mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Dia turut bersimpati dengan keadaan almarhum ayahanda aku ketika itu dan sentiasa bertanya tentang perkembangan kesihatan almarhum. Kami menjadi terharu dengan cara dia melayan kami meskipun berbeza agama dan budaya. Meskipun dari segi aqidahnya tidak Islam tetapi kebanyakan sikap dan tindakannya adalah Islam. Bahkan, mereka sekeluarga datang menziarahi keluarga kami di Teluk Intan sewaktu kami pulang ke tanahair pada musim panas lalu. Berkahwin selepas beranak Baru-baru ini aku bertemu dengan seorang lelaki Kristian yangberkahwin dengan wanita Islam. Kedua-duanya daripada Afrika dan mereka memiliki budaya yang hampir sama kecuali agama. Kami temui sewaktu majlis jamuan Aidiladha yang diadakan di Highmead. Tahun ini, majlis solat sunat Hari Raya Korban diadakan di European Institute of Human Science, Highmead. Warga Islam pekan Lampeter, Carmarthen dan Highmead berkumpul di institut pendidikan Islam itu bagi melaksanakan solat sunat Aidiladha. Aku diberitahu bahawa wanita Islam itu seorang yang tidak meninggal solat dan sentiasa menutup aurat. Dia akan menunaikan solat di tempat kerja meskipun di dalam bilik stor. Meskipun suaminya seorang Kristian, dia menghantar isterinya ke majlis-majlis keagamaan dan dia turut serta dalam majlis itu. Bulan Ramadan lepas, suaminya tidak membenarkan dia berpuasa kerana isterinya sedang sarat mengandung. Memang di dalam Islam, seorang wanita yang sedang mengandung diberikan kelonggaran dari kewajipan berpuasa di bulan Ramadan. Namun, dia perlu menggantinya selepas dia berasa mampu melakukannya. Oleh kerana dua agama yang berbeza bercampur dalam sebuah rumahtangga, sikap tolak ansur sangat penting bagi menentukan keharmonian hidup. Memang tiada satu nas yang membenarkan perkahwinan tersebut tetapi itulah hakikatnya kehidupan bekeluarga di UK. Pada mereka, sekurang-kurangnya mereka berkahwin, ada tanggung jawab terhadap satu sama lain berbanding sebilangan besar masyarakat di sini yang hidup tanpa perkahwinan dan sebarang ikatan. Hari ini seorang wanita boleh tinggal bersama dengan teman lelakinya yang baru dikenali dan minggu depan mungkin dengan lelaki lain pula. Bukan tiada rasa cemburu dalam diri mereka sebagai manusia tetapi kefahaman tentang kebebasan individu mengatasi psikologi dan batas agama. Bahkan perkahwinan dianggap sebagai satu sekatan yang menyebabkan seseorang itu hilang kebebasan. Oleh itu, ramai pasangan hidup tanpa berkahwin hingga dikurniakan beberapa orang anak tetapi kemudian selepas itu baru mengikat tali perkahwinan secara rasmi. Mereka pergi ke gereja atau mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftaran dengan diiringi sanak keluarga, rakan-rakan dan juga anak-anak mereka!- tajdid _ New Email addresses available on Yahoo! Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. Hurry before someone else does! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/
