<<LINA>>


KUALA LUMPUR: Berang dimarahi kerana menjadi ‘anak ikan’ kepada
pengamal seks songsang, seorang remaja berusia 13 tahun membelasah
ibunya berusia 38 tahun menggunakan buku lima di rumahnya di Gombak, di
sini.

Difahamkan, tindakan biadap remaja lelaki itu memukul
wanita yang juga ibu tunggal disebabkan dia melarang anaknya meneruskan
hubungan songsang dengan seorang lelaki berusia 20-an yang menjadi
kekasihnya sejak lima tahun lalu.

Rahsia percintaan terlarang
pasangan itu terbongkar apabila ibu remaja berkenaan menemui wang yang
banyak dalam simpanan anaknya itu.

Perasaan pelik yang
menyelubungi wanita itu terjawab apabila anak bongsu daripada tiga
beradik itu mengakui ‘dibela’ kekasihnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, berlaku
pertengkaran antara dua beranak itu apabila wanita berkenaan menegur
anaknya supaya meninggalkan kerja terkutuk terbabit.
Sumber berkata, pertengkaran kira-kira 10 minit itu bertukar ganas
apabila remaja terbabit hilang kawalan lalu menumbuk muka ibunya.

“Tidak berpuas hati, remaja itu menyarungkan buku lima dan menumbuk sekali lagi 
muka  ibunya.

“Wanita terbabit terpelanting sebelum terjatuh dan terkedu kerana tidak 
mempercayai perbuatan  anaknya itu,” katanya.

Menurut sumber, remaja itu kemudian melemparkan kata-kata kesat selain
mendakwa wanita itu tidak layak menjadi ibu kandungnya kerana tidak
mampu menyediakan segala yang diingini.

Difahamkan, mangsa  mengarahkan anaknya yang lain meminta bantuan   jiran.

Beberapa jiran   datang meleraikan pergaduhan itu sebelum  menahan suspek yang 
dikatakan seperti ‘dirasuk’.

Sumber berkata, hubungan songsang itu dipercayai sudah terjalin sejak
lima tahun lalu dan bayaran lumayan diberikan kepada remaja berkenaan
setiap kali melayani nafsu lelaki itu.

“Perasaan curiga
mengenai perbuatan anaknya itu juga sudah lama dirasai wanita terbabit
yang mendakwa pernah melihat kesan merah pada leher seperti ‘gigitan
cinta’ namun mendiamkan diri kerana tiada bukti,” katanya.

Akibat dibelasah, wanita itu  cedera di  kepala dan difahamkan mangsa membuat 
laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

click to visit my blog
<<LINA>>


      

Kirim email ke