Macam mana lagi nak buat supaya jangan ada manusia yang dok makan daging 
babi ?? Bukan mereka tak tau yang babi ni boleh menyebabkan macam-macam 
penyakit tapi pasal apa mereka tetap nak makan babi ?? Banyak lagi daging 
haiwan lain yang boleh di makan mengapa babi juga yang di idamkan ?? Nak makan 
juga import la dari negara lain. Thailand pun mungkin boleh bekalkan !! 
Pemerintahan Singapura dikuasai oleh kaum Cina tapi kabarnya mereka pun tidak 
benarkan diwujudakan pusat sembelihan !!?? Mereka masih boleh menikmati daging 
babi yang di import. Kalau orang Islam di Malaysia masih mengimpot daging lembu 
dari luar negara kerana bekalan dalam negara tidak mencukupi mengapa daging 
babi tidak diimpot jika benar orang bukan Islam merasakan bekalan tempatan 
tidak mencukupi daripada nak bina lagi rumah sembelihan tanpa mengambil kira 
faktor alam sekitar dan sensitiviti orang Islam ??
 
    Saya tidak pasti betul atau tidak apa yang pernah saya dengar lagi pun saya 
tidak pernah pergi ke India kabarnya orang Islam di sana ? yang tinggal di 
kawasan yang ramai orang Hindu tidak dapat makan daging lembu kerana tidak mahu 
menyembelih lembu kerana haiwan itu dianggap mulia kepada penganut Hindu. Maka 
apa salah nya jika orang bukan Islam di Malaysia ini tidak memakan daging 
babi atas dasar mengambil kira sensitiviti orang Islam atau hidang sekadar 
ambil bau nya macam dalam sebuah filem lakonan Allahyarham P Ramlee !! 
Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Fri, 7/3/09, or...@yahoo.com <or...@yahoo.com> wrote:


From: or...@yahoo.com <or...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kronologi Isu Rumah Sembelih Babi di Kedah
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Friday, July 3, 2009, 8:59 PM








Kronologi Isu Rumah Sembelih Babi di Kedah
Posted on Friday, July 03 @ 10:41:06 MYT by kedahlanie
oleh M.Sanusi

Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak
gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi
kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan
penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan
undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas
kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan
kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya. ......

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih 
khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan 
seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan 
pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta 
Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan 
rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir 
di Majlis.

11.7.94
- Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat
ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah 
tempat sembelih.

5.1.95
- Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia
beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah
Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis
Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada
apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah 
pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95
- Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya
Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak 
terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95
- Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah
sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di
Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima
maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan
aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96
- Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan
persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah
sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97
- Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan
Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan
rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada
14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti
kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir
berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada
Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar
belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah
pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima
surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah
bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh
Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan
terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti
satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai 
Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya 
iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99
- Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99
- Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa
tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak
dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik
tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya
daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan 
bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99
- Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah
dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah
sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan
Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi
mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi
Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan
berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan
berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis
membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah 
memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99
- Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman
berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada
23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat
penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti.
Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan
segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000
- Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah
memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja,
bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001
- Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah
sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai
bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada
peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik
ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam
pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 - Surat daripada
Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan
surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi
maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah
membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah
memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh
Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon 
mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg 
Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan 
untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09
- dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan
isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah
penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah
bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini.
Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En
Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para
pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah
dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima
notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses
penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.

Satu jawatankuasa
kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut
dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli
Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan
tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik
telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri
Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 -
Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih
Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di
rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan
sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan
bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri
meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’
Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk
memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang 
sama.

1.6.09
- Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk
meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang
ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan
kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut
diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama
sebulan atas permintaan tersebut.

2.6.09 hingga 25.6.09 -
YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan
permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui
Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa
penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan
menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah
sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih
mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam
penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan
balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat
tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi
sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan
lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri
Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk
bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah
Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses 
babi di lokasi terbabit.

26.6.09
- Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru
di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB
mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09
- YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan
kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang
diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan
Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan
segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan
teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian
dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada
29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 
petang.

30.6.09
- YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan
YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan
penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis
perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari
sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan
dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang
menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti
sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan
pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak
campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’
Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS,
terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk
DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan
Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan
selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih,
bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang
meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil
tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang
dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan
kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan
kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi
undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana
tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan
undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini
dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak
MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan
tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati
lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka
memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan
bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan
mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan
perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan 
undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

Petikan dari blog setpol MB :DAP KELUAR KERANA BABI??

















      

Kirim email ke