Biasa le, kita guna tanah reserve kerajaan, so adalah hang kerajaan utk
ambil balik.lain le kalau tanah tu tanah makcik tu.

so kalau nak main politik, agak-agak le dulu....

kat tempat aku ni (rawang selangor), satu baris kedai BATU  kena runtuh
pasal kat belakang kedai tu nak buat TESCO,
tetapi tak kecoh pun, sebab memang depa dah berpuluh tahun dok berniaga kat
tanah reserve kerajaan. Kalau lawan masuk court pun tarak guna, pasal bukan
tanah mereka.


Lagi satu, kadang-kadang kita dok leka, harapkan org lain berjuang utk kita.
Aku teringat lagi kes tanah Kat Kg Laksamana Batu Caves. Asalnya tanah tu
milik TNB pasal ada pencawang letrik, bila pencawang tu dah x ada, ramai le
org kg minta tanah kat situ.
seorang pun tak dapat. Alih-alih ada company yg dpt tanah tu. Nak bina flat
tengah-tengah kg.

Seperti biasa pemaju kena letak papan cadangan dulu, org kampung pun komplen
le.... kebetulan arwah bapa aku ketua umno cawangan laksamana jaya,
menghantar surat bantahan, (menyalak macam anjing kat kedai kopi tidak akan
merubah apa-apa),
projek tidak dpt dilaksanakan kerana ada bantahan bertulis. entah berapa
tahun lepas tu, keluar lagi papan cadangan dan lagi
sekali arwah bapa saya menghantar surat bantahan. Maka projek cancel.

Bila bapa saya meninggal, tak lama lepas tu projek tu diteruskan. Org
kampung melalak lagi, malangnya mereka cuma marah di
kedai kopi, tiada seorang pun yg hantar surat bantahan. Malah ada jumpa mak
saya kenapa projek tu boleh berjalan, dah dekat 10 tahun ditunda. Dgn
selamba mak saya cakap "habis tu, korang tak ada hantar surat bantahan".

Disini kita lihat 4 kelompok manusia.

1) Suka membantah, tetapi cuma sekadar melalak kat rumah atau kat kedai kopi
macam NATO (No action talk only)
2) Golongan yg membantah dgn mengunakan saluran yg ada.
3) Golongan yg tak kisah - macam aku le
4) Golongan yg ambil kesempatan - dpt le org ni beli apartment tu.... he he
he he


kebanyakkan dari kita dari golongan yg 1), bising aje, lepas tu bila projek
dilaksanakan, baru sibuk (lebih sikit)
salahkan org tak panggil meeting dan sebagainya.

lepas tu kita yg tak tahu hujung pangkal ni dok sebarkan email, kita dengar
dari sebelah pihak aje, silap-silap
pihak yg kita dengar ni dah ubah jalan cerita. so korang fikirlah sendiri...

-rozaimy-
- sungguh mudah membuat kebajikkan, tetapi sukar ikhlas dlm membuat
kebajikkan.

2009/7/15 <>

>
>
> Apa cerita ni , Majlis Daerah Tampin roboh kedai buat kek dan kuih orang
> Melayu ni ? Cerita Kg Buah Pala masuk akhbar masuk TV, tapi di Tampin ? Dato
> Shaziman ? Pampasan bagi pun ciput , RM 500 je. Itulah harga diri orang
> Melayu N.Sembilan.
>
> Cerita lanjut di
> http://puterisembilan.blogspot.com/2009/07/hasil-keringat-25-tahun-dibayar-rm50000.html
>
>  
>



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer.com.my

Kirim email ke