Saya mahu berkongsi satu jenakan dengan Anda. Here it goes.. Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..
Pemuda : “Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…” Ustaz : “Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?” Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…” Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ‘3B. ‘B’ yang pertama adalah ‘BERUSAHA’.. .. apakah kamu sudah banyak berusaha?” Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..” Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’ Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang.. . saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis …..” Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yg ketiga.” Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?” Ustaz : “BERCERMIN!” http://zailina88.blogspot.com
