"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang
keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat
isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga
terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam
keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia
menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan
hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa
hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang
matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat
membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan
ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau
untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah
memperbudak0-budaknan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri
dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang
suami sering ditunggu kepulangannya"

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego
dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri
membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya,
masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta
semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar,
kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan
isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"
"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk
perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan
permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam 
hidup mereka
seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan 
atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal
mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan
isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan
keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya.
Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya".

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan
pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu
meningkatkan semangat isteri".
www.familiazam.com
"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan
ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat
kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu
adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan
kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua
keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka
membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut
megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua
tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan
isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran
adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut
gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan
rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia
mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan
kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan
menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji
jika tidak bersedia menepatinya".

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri
sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu
bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu
perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa
dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan
akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa
dan sesekali bercuti bersama mereka".
 http://zailina88.blogspot.com



      

Kirim email ke