Aswt, Sejak beberapa minggu kebelakangan ini sebuah kampong bernama Kg Buah Pala di Pulau Pinang yang majoritinya ? didiami kaum India telah sangat-sangat diberi perhatian dan pelbagai pihak yang mendesak agar ianya tidak dibangunkan oleh sebuah koperasi yang telah membeli tanah tersebut untuk dibangunkan. Saya pun setuju mereka tidak diusir keluar dari kampong yang telah lama mereka diami dengan sewenang-wenang tanpa sebarang pampasan tapi jika tanah itu langsung tidak dibangunkan seperti mana banyak tanah-tanah orang Melayu telah diambil demi untuk pembangunan maka ianya membuktikan orang Melayu telah menjadi korban yang tidak akan terbela dibawah mana-mana pemerintah. Kita tahu yang Pulau Pinang telah diperintah oleh BN sejak merdeka iaitu sejak 50 tahun lalu dan kita pun tahu apakah nasib orang Melayu di sana ketika yang memerintah negeri tersebut ialah BN yang ditunjangi gabongan parti Gerakan dan UMNO. Dulu saya selalu hantar saudara mara dari Kedah untuk menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Maka sebuah perkampongan tradisional Melayu yang pasti dapat dilihat ialah Kg Batu Uban bersebelahan USM. Hari ini saya tidak pasti apakah kampong iu masih wujud dari segi nama atau tidak kerana ianya telah dibangunkan dengan pelbagai projek ? sejak 20 tahun lalu. Apakah demi pembangunan maka tanah-tanah milik orang Melayu sahaja harus menjadi korban walau pun UMNO mendabik dada mengatakan merekalah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu ? Hakikatnya berapa ramai orang Melayu pemilik tanah yang sah (bukan pemilik secara haram) yang telah dihalau dari tanah mereka yang sebahagian besar mendapat pampasan yang sangat kecil terutama ketika Mahathir berkuasa yang telah ? menetapkan hanya kerajaan yang berhak menetapkan berapa kelayakan pampasan yang harus dibayar !! Oleh itu disamping keadilan harus dinikmati oleh semua tanpa mengambil kira bangsa maka hak orang Melayu janganlah terus di korbankan sedangkan ? hak bangsa lain dipertahankan habis-habisan. Maka dasar yang ditetapkan kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS/ Pakatan Rakyat agar pemilikan rumah yang dimajukan oleh pemaju perumahan dinaikkan kepada 50% adalah sangat wajar agar janganlah rumah-rumah yang dibangunkan atas sawah-sawah milik orang Melayu tapi kemudian mungkin 70% atau 80% bertukar tangan kepada bangsa lain. Namun hak bangsa lain tidak seharusnya dinafikan kerana mereka bukanlah pendatang tanpa izin yang datang sekitar 10 ata 20 tahun lalu. Mereka ada yang datang ke Tanah Melayu (kini Malaysia) sudah melebihi 100 tahun. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
