Assallamualaikum..
 
Saya tabik pada saudara Rozaimy...tidak fanatik dalam mengeluarkan
pendapat dan paling penting
tidak mengeluarkan fatwa sendiri tentang halal haram tindakan individu
atau kerajaan. 
Sebuah kerajaan mengawal berjuta rakyatnya , untuk kebaikan berjuta yang
lain, mungkin akan " terkorban "
sorang dua ( itupun " mungkin " mereka ini terdiri dari mereka yang
sangkaliau..arti lain lebih baik mereka
mati saja kerana hidup pun akan menyusahkan yang lain ). Tapi mendakwa
merekalah " PEJUANG RAKYAT ".
 
Wassallam
 
-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On
Behalf Of rozaimy baharuddin
Sent: Monday, July 27, 2009 10:19 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Orang Islam yang pertahankan
ISA adalah golongan jahil !!
 
  
Jangan cepat menjatuhkan hukum saudara ku,
 
Bagi aku ISA tak salah, yg salah adalah perlaksanaan.
 
kita ambil kes mudah - berlaku kat segambut (lebih 10 tahun dahulu)
diceritakan oleh rakan aku sendiri,
 
Ada satu hari, ada satu pasangan telah ditangkap BERZINA, kebetulan
peristiwa tersebut berlaku berdekatan dgn rumah kawan aku,
 
Maka dia bertanya macam mana korang tau (dia tanya kat semua pegawai
pencegah maksiat dari Jabatan Agama) mereka berzina. Macam boleh nampak 
mereka berzina sedangkan pintu tertutup.
 
Maka bercerita le salah seorang pegawai agama tu,
 
"kami dah lama menerima laporan mengenai aktiviti mereka berdua, maka
malam ni 
kami menunggu pasangannya masuk rumah, kami lihat dengan mata kami
sendiri, lelaki
itu masuk ke rumah wanita ini. Seterusnya kami mengintai dari celah
kayu, apabila kami 
nampak berlakunya zina baru kami mengetuk pintu dan menahan mereka atas
kesalahan
zina"
 
Korang boleh agak le, apa jawapan member aku tu.
 
Sepatutnya zina dpt dielakkan sekiranya pegawai pencegah maksiat
menangkap pasangan tersebut
sebaik aje masuk kedlm rumah, memang kita tidak tahu apa yg berlaku,
kita boleh dakwa atas kesalahan
khalwat, tak perlu le tunggu sampai zina berlaku baru nak bertindak.
Malah lebih cantik lagi, semasa lelaki itu 
sedang mengetuk pintu rumah awek dia, pencegah maksiat telah menahan
dia, memang waktu itu lelaki itu tidak
melakukan sebarang kesalahan semasa mengetuk pintu tetapi atas aduan org
ramai pencegah maksiat percaya 
akan berlaku sesuatu yg tidak baik jika lelaki tersebut masuk ke rumah.
 
Begitu juga dgn akta ISA, sekiranya kerajaan yakin tindakkan seseorg itu
AKAN menyebabkan kekacauan yg 
lebih besar, maka tindakan menahan individu atau kumpulan  tersebut
adalah wajar. 
 
kita tidak boleh menunggu sehingga berlaku kekacauan seperti letupan
atau pergaduhan kaum, baru nak bertindak.
lepas tu siap boleh beritahu aktiviti mamat tu 3 hari sebelum berlaku
kekacauan. Kan lebih mudah polis tangkap mamat 
tu sebelum berlakunya kekacauan, walau pun nampak ZALIM pasal tangkap
dia sebelum dia melakukan sebarang
kesalahan. Tahan dia selama mana boleh sehingga kita lihat keadaan
mengizinkan utk melepaskannya semula. 
Nak DAKWA sure tak boleh pasal dia belum buat apa-apa.
 
 
Masalah ISA lebih kepada cara pelaksanaannya, tidak boleh menggunakan
ISA utk kepentingan politik atau individu tertentu.
Pada pendapat aku yg tak pandai sangat ni, sekiranya kerajaan YAKIN
seseorg atau kumpulan itu bahaya, tangkap dulu.
Lepas tu panggil wakil politik (semua parti) dan terangkan satu persatu
kenapa tangkapan perlu dilakukan. Berita tangkapan tak boleh diberitahu
kepada umum atas dasar keselamatan. Kalau ada wakil politik tidak puas
hati, kerajaan boleh bebaskan dgn jaminan yg diberi oleh parti politik
tersebut. Kalau tidak berlaku kekacauan selepas pembebasan, maka
ALHAMDULILLAH, tetapi
kalau berlaku kekacauan, parti politik tersebut harus
dipertanggungjawapkan.
 
apa-apa pun pandai-pandai le para pemimpin baik dari pihak kerajaan
mahupun pihak pembangkang menyelesaikan kemelut ISA ini. APA YG PENTING
"KERJASAMA"
2009/7/23 <>
  

Aswt,
 
   Jika ada orang Islam yang menyertai golongan yang bersetetuju dengan
penggunaan akta ISA mereka sebenarnya adalah golongan yang jahil dan
mereka adalah perosak dan pendusta agama !!?? Islam adalah agama Allah
dan barangsiapa yang mengaku Islam agamanya maka dia tidak lagi berhak
menolak apa-apa yang telah disyariatkan. Islam menetapkan hukuman hanya
boleh dijatuhkan keatas seseorang hanya selepas segalanya terbukti
dengan terdapatnya saksi yang layak (menurut Islam) bukan sekadar bukti
berdasarkan andaian-andaian oleh pihak pendakwa sahaja.Yang dituduh juga
berhak membawa saksi atau diwakili peguambela. Menyokong ISA bererti
menentang syariat Islam, menentang syariat Islam dikhuatiri murtad !!??
Di mana Mufti Perak di mana para ulamak yang menjadi pewaris Nabi ??
Jangan biarkan PEWARIS bertindak tanpa merujuk kepada pewaris Nabi
kerana Islam amat benci kepada kezaliman !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer <http://www.komputer.com.my> .com.my

<<image001.gif>>

<<image002.gif>>

Kirim email ke