Assalamualaikum,
1. Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari
Anas bin Malik r.a. menyebut, Sabda Rasulullah S.A.W "Hampir-hampir kefakiran
itu membawa kepada kekufuran"
(Hadis Riwayat At-Tabarani.)
2. Dan dalam satu hadis yang lain meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W
pernah berdoa :
"Ya Tuhanku, aku berlindung kepadamu daripada kefakiran, kekurangan dan
kehinaan, dan aku berlindung dari menganiaya dan dianiaya"
(Hadis Riwayat Abu Daud,
An-Nasa'i, Ibn Majah dan Al-Hakim)
MENURUT ULAMA', HADIS PERTAMA ADALAH HADIS YANG LEMAH MANAKALA HADIS KEDUA
ADALAH HADIS SAHIH. PENGAJARAN DARIPADA HADIS INI ADALAH SUPAYA MANUSIA
BERUSAHA MENCARI REZEKI AGAR TIDAK MEMINTA-MINTA DAN HIDUP DALAM KEHINAAN.
MALAH TERLALU MISKIN DAN FAKIR BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU SANGGUP
MELAKUKAN APA SAHAJA TERMASUK PERBUATAN KUFUR.
Walaupun begitu,sikap terlalu mementingkan kebendaan boleh melupakan
manusia daripada mengingati Allah SWT, malah menyesatkan. Sebaik-baiknya adalah
bersederhana.wallahua'lam.
....Ihsan sesama insan.......
http://penginapanpermai.blogspot.com
________________________________
Daripada: "Ismail ab. [email protected]" <Ismail ab. [email protected]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Ahad, 2 Ogos, 2009 9:42:55
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Harta Itu Fitnah
Memang jelas bahawa harta membawa kepada kedurhakan bahkan kepada syirik dan
engkar. Malangnya saya pernah mendengan matan Perdana Mentari (Tun Dr.
Mahathir) pernah mengatakan bahawa kemiskinan memnbawa kepada kekufuran. Nampak
tak yang ini bercanggah dengan hadith yang dikemukakan?
Nabi Musa ada berdoa, kalau tidak silap dalam surah Yunus ayat 88, "........,Ya
Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka
kaumnya perhiasa dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami -
akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami,
binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka,mereka tidak
beriman hingga mereka melihat siksa yang pedeh".
Sila iktibarkan kepada suasana hari ini apa yang berlaku di Negara kita, bahkan
di seluruh Dunia.
Fikir-fikirlah bersama.
________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>; Abu Heakal
<abu.hea...@gmail. com>
Sent: Sunday, July 19, 2009 7:00:02 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Harta Itu Fitnah
Dari Ka'ab bin 'lyadh r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya setiap ummat itu ada fitnahnya dan fitnah ummatku ialah harta."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/