Saudara-saudari,


Sebab dia orang dah banyak dapatlah jangan kita nak memandai-mandai bagi lagi.  
Tak cukup-cukup lagi ke apa yang telah mereka dapat.



Setakat mana zalimnya kerajaan.  Mereka kat sini kelaparan ke?  Kebuluran ke?



Asyik meminta-minta saja dan asyik menunjukan kononnya tertindas.  Tapi 
sebenarnya apa yang ada pada mereka lebih dari cukup.  Saja nak tunjuk kononnya 
terinaya.  Samalah macam Singapore, saja tunjuk kononnya Malaysia membuli 
mereka dan tunjuk kat dunia mereka terinaya, tapi hakikatnya?  Tuan-tuan tengok 
dan fikirlah sendiri.



Yang meminta-minta kat Malaysia ni orang apa?  Yang kata mereka dibuli oleh 
Malaysia kat dunia tu orang apa?



Biar buta mata jangan buta hati!



To: [email protected]
From:
Date: Tue, 4 Aug 2009 15:33:22 +0800
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap 
hak aku!!!










saudara yg kirim emel cerita tan sri,

kenapa mewar-warkan sangat soal hak sama rata ni..saya tak suka sebut, tapi 
sebab sdr suka mengulang2 skrip ciptaan umno nampaknya. inilah modal yang 
sedang dijaja setiap hari hinggakan ada mufti kita sendiri nampaknya sudah 
terpedaya.

sdr, apa sangat yg diminta oleh golongan pendatang (yang bukan kroni umno) ini 
dibandingkan dgn apa yg telah diberi oleh umno kpd rakan cina mereka tauke2 
mca. apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan dgn berapa ribu tender 
pelbagai kontrak yg diali-babakan oleh melayu sendiri? tapi umno menipu rakyat 
dgn menyebut org melayu sudah pandai berdikari. lain yg disebut lain yg dibuat. 
apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan dgn berapa ribu hektar tanah 
(orang kita melayu!) yang sudah diberi utk dimajukan oleh syarikat2 cina? tanah 
di pulau pangkor, genting highlands, johor, di melaka,  dan merata lagi cina 
yang punya. siapa yang beri?? kontrak balak ribuan juta di sabah & pahang, 
siapakah pemilik terbesar? apakah ini tidak penting utk kita bantah?cubalah 
kita renung sedalam2nya...janganlah mudah sangat terpengaruh dgn emel2 yg 
kononnya nak membangkitkan kesedaran melayu bahawa kaum pendatang ini sudah 
melampau menuntut yg mcm2. hakikatnya hak org melayu sendiri sudah lama dahulu 
digadaikan oleh umno. cubalah teliti berapa hak rizab melayu sudah dijual 
kepada cina? saya soal kembali, mana yang lebih mustahak, mempertahankan & 
menuntut kembali setiap inci tanah org melayu yg sudah diberi kepada tauke mca 
atau berjaja ke sana sini cerita kaum pendatang ingin menuntut hak sama rata?
setiap saat kita asyik mendendangkan hak sama rata ini, hak sebenar kita iaitu 
kekayaan negara yg kita cintai ini sedang diratah perlahan2 oleh kroni2 umno 
iaitu mca sedikit demi sedikit selama 5o tahun. apa yg umno rugi? mereka 
sendiri dapat komisyen. mahukah mereka dengar rintihan org melayu yg ditindas 
oleh tauke cina? ayah saya buktinya. sudah bertahun2 kerja dgn dinafikan 
bayaran. dia seorang subkontraktor di bukit tinggi, pahang di bawah berjaya 
groups sdn. bhd. milik TAN SRI vincent tan seorang jutawan karib umno, tetapi 
sehingga kini tidak dibayar. malah diugut akan ditarik bayaran kalau mahu 
mengadu di mana2. nasib kontraktor & subkontraktor2 melayu di bawah syarikat2 
cina mca ni terlalu menyedihkan, cuma kita tak tahu & tak mahu ambil tahu. 
bayangkanlah sudah berapa lama bukit tinggi resort itu sudah siap.

apakah ini tidak penting utk kita pertahankan selain dari mengomel hak sama 
rata. ia sudah dijamin dalam perlembagaan negara. ydpa agong adalah pemerintah 
tertinggi negara. di bawah perkara 37, baginda lah yang merupakan pelindung hak 
istimewa org melayu dan perkara 152, 153 tidak boleh dipinda di parlimen. kalau 
pun pembangkang menang 2/3 majoriti pun masih tidak boleh pinda perlembagaan 
utk menghapuskan hak istimewa melayu. lalu mahu pinda bagaimana? askar melayu 
diraja, polis melayu diraja, semuanya di bawah kekuasaan ydpa agong. beranikah 
kaum pendatang nak menyebut meminda hak istimewa ini? mahu kena tembak? 
ringkasnya, mekanisme yg mempertahankan hak istimewa org melayu sudah 
diperuntukkan dalam perlembagaan. jadi apa yg ribut2 sangat pasal hak sama rata 
ini? seperti yg saya katakan, umno sedang menipu rakyat malaysia. benda yg 
tiada diada2kan.

nasihat saya cuba teliti perlembagaan kita. ia sudah pun 'safeguard' hak kita 
org melayu. yang lebih penting ialah memikirkan hak melayu yg tidak 
dipertahankan oleh perlembagaan seperti perkara2 yg saya sebut tadi yg sedang 
dijual oleh umno satu persatu. zaman ini saudara, wang segala2nya...apa sangat 
nak dibanggakan dgn perjuangan melayu kalau duit tiada di poket. itu yg lebih 
mustahak pada pengkhianat2 bangsa ini. maafkan saya sebab berkasar. tapi saya 
sedih dgn penipuan bertahun2 ini...kita tidak kenal mana musuh kita yg 
sebenarnya. yang bermulut manis itulah musuh tapi kita asyik tertembak musuh yg 
salah...sedihnya..

sekian.


--- Pada Khm, 30/7/09, [email protected] <[email protected]> menulis:


Daripada: [email protected] <[email protected]>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak 
aku!!!
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Tarikh: Khamis, 30 Julai, 2009, 10:26 AM









   "Pendatang janganlah meminta berlebih-lebih" , rasanya inilah yang ingin 
diperkatakan. Namun apa yang berlaku hari ini (sejak 50 tahun merdeka) dibawah 
kepimpinan UMNO belum apa pun diminta oleh "puak pendatang" mereka sudah diberi 
!! Ketetapan hanya 30% dalam DEB kepada Bumiputra apakah ianya wajar ?? Adilkah 
itu ? Apabila negeri Kedah diterajui Pakatan Rakyat dasar pemilikan rumah yang 
dibina oleh pemaju telah dinaikkan kepada ? 50% kerana tanah-tanah itu 
rata-ratanya adalah milik orang Melayu tapi mengapa dibawah UMNO orang Melayu 
hanya boleh milik 30% saja ?? Apakah dasar ini dipatohi oleh syarikat-syarikat 
milik bukan Melayu (walau pun sekadar untuk 30%) yang perlu diperuntukan kepada 
orang Melayu tak kiralah sama ada dari segi rumah kediaman /gedung perniagaan 
lebih-lebih lagi saham mau pun kakitangan nya. Kakitangan profesional lagilah 
jangan diharap !!

    Saya tak fikir apa yang dilakukan oleh kerajaan Kedah itu satu tindakan 
perkauman tapi ianya adalah dasar bagi mengembalikan hak orang Melayu (pemilik 
asal tanah tapi dimajukan oleh syarikat pemaju). Itu dalam hal pemilikan tanah 
dan harta benda tapi dalam soal perniagaan pula berlaku monopoli oleh bukan 
Melayu dan kadangkala mereka bertindak "menikam dari belakang" agar peniaga 
Melayu dalam bidang yang sama gulong tikar. Berlaku juga jika ada Melayu yang 
bekerja di syarikat milik bukan Melayu macam-macam diskriminasi dilakukan tapi 
demi kesinambungan politik UMNO jika ada pun tindakan ianya sekadar melepaskan 
batuk di tangga.  Lebih menyedihkan ada puak dalam UMNO yang mudah dapat projek 
tapi bila dapat diAlibabakan kerana nak dapat untung "atas angin". Sepatutnya 
jika tidak ada daya saing pun janganlah diAlibabakan tapi laksanakan secara Ali 
dan Baba. Masalah dengan kontraktor-kontrakt or Melayu ni bila dapat bayaran 
bukan diguna untuk berniaga tapi diguna untuk kepentingan lain samada bertujuan 
politik atau peribadi.

    Kabarnya di Kelantan pada tahun lepas ada seorang kontraktor dapat kontrak 
bina satu jambatan (? berkembar) dan dikatakan jutaan ringgit telah dibayar 
oleh kerajaan Pusat yang ? tidak sepadan dengan kerja-kerja yang dilaksanakan. 
Dengar cerita wang itu banyak dibelanjakan untuk menang dalam pilihan raya 2008 
di sebuah DUN dalam parlimen Kota Bharu. Kabarnya ada pekerja parti yang dibawa 
melancong ke Indonesia tak tahulah berapa yang dibelanjakan. Ianya wang 
kerajaan Pusat tapi mungkin ianya dibayar ? atas dasar kepentingan UMNO walau 
pun kerja-kerja projek yang telah dilaksanakan tidak setimpal !!?? Tapi kerana 
bijak pengundi di DUN tersebut calun itu kalah mungkin kerana ? ramai para 
pengundi "makan umpan tapi tak makan kail" (? tidak seperti sebahagian pengundi 
di Manik Urai) !! Maka apa yang berlaku dengan hak Melayu (hakikatnya segalanya 
milik dan amanah Allah swt) adalah kerana Melayu sendiri yang sanggup gadaikan 
demi kepentingan sendiri /puak !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Sun, 7/26/09, aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com> wrote:


From: aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak 
aku!!!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Sunday, July 26, 2009, 6:34 PM




Email ini saya terima dari kawan-kawan, mungkin kisah ini benar...

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri 
sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang 
jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri 
tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. 
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang 
Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa 
kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai 
kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah 
kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi 
dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas 
dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini 
bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun 
sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan 
saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan 
banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni 
kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan 
Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang 
mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak 
kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada 
mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang 
Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak 
nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri 
rasa wajar atau tidak permintaan tu?





Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.








_________________________________________________________________
More than messages–check out the rest of the Windows Live™.
http://www.microsoft.com/windows/windowslive/

Kirim email ke