Di Rembau ada banyak masjid dan surau lama dengan senibina yang indah dan 
cantik. Tapi sayang banyak yang terbiar.

Terbiar dari segi memakmurkan masjid dan surau dengan jemaah bersolat dan 
majlis ilmu. Terbiar dari segi mengekalkan keindahan budaya warisan Melayu 
Negeri Sembilan.

Apo nak buek ? Bukan rumah dan orang tua saja yang terbiar di Rembau dan Negeri 
Sembilan. Malahan masjid dan surau pun terbiar.

Tapi ada satu tempat yang tidak terbiar dari dulu sampai sekarang. Iaitu kedai 
judi ekor di pekan Rembau dan lain-lain tempat di Negeri Sembilan ini. Begitu 
meriah. Majoriti pengunjung orang Melayu , tak kira tua atau muda.

Masjid di Rembau ni hanya untuk golongan tua yang menunggu panggilan kubur. 
Kalau Masjid Kg Gadong tu yang ada imam, bilal dan siak saja. Siak pun tak 
silap saya bukan orang asal Rembau, tapi orang luar N.Sembilan yang bekerja dan 
menyewa di  Kg. Tanjung.

Anak mudo majoriti tak minat pergi masjid ( anak muda yang sokong Barisan 
Nasional dan anak muda yang sokong Pakatan Rakyat , sama saja ).

Sila ke pautan berikut untuk melihat kecantikan dan keunikan masjid terbiar di 
N.Sembilan :
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/08/rintihan-anak-rembau-iv.html 

Berikut kritikan terhadap kerajaan Negeri Sembilan yang tidak serius 
membangunkan pelancongan budaya di N.Sembilan

http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/07/kerajaan-negeri-tidak-pulihara-warisan.html
 

http://waghih.blogspot.com/2008/05/sektor-pelancongan-nsembilan-perlu-di.html 




      

Kirim email ke