Apabila saya mensms mencabar kongres, saya bukan berniat nak mencapap,
nak jadi amir, tuan presiden, YDP atau yang seumpamanya. Saya telah lama
berfikir, Tuhan telah lama beri something kat hang, kenapa hang tak
gunakan something itu, untuk ummah?


Maka, saya gunakanlah.




Hari Sabtu yang lalu dalam perjalanan tersangkut-sangkut naik KTM yang
lembab macam siput sedut, sekonyong-konyongnya, saya disms oleh seorang
sahabat muslimat. Saya nak ke MASKARA
<http://sol-jah.blogspot.com/2009/08/sekitar-maskara.html>  malam itu,
mahu menyaksikan pertunjukan budaya -Saya memang meminati budaya dan
seni- tetapi SMS itu sedikit sebanyak merencat perjalanan saya.
Walaubagaimanapun, kandungan SMS itu, berkenaan pendidikan, yang terlalu
penting, menyebabkan saya berkata tidak mengapa.



Saya sampai di Masjid Bukhari yang tidak jauh dari Stesen Hang Tuah dan
DBP. Di situ, saya lepak, tidur sekejap (Iktikaflah.) kemudian, membaca
lagi kertas kerja demi kertas kerja Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan
Islam Negara.



Tergeliat sebenarnya lidah saya nak sebut rejuvenasi. Rejuvenasi ini,
reform sebenarnya. Ia berkongsi semangat dengan perkataan Islah dan
tajdid.



Baik, sebelum saya nak catatkan, idea yang saya tak susun kemas lagi,
saya nak kata, sekretariat yang uruskan kongres ini, atau apa-apa
kongreslah, fikir sama tentang mahasiswa-mahasiswa yang prihatin, tetapi
duduk jauh.



Macam UMS, UUM, KUIN, KIAS dan lain-lain lagi. Ramai juga kawan-kawan
saya di kampus lain. Mereka prihatin, tetapi, masalah macam ini, hangpa
pikiaq dak? Mentang-mentangla hangpa kepala, ikut dan hangpa ja, nak
buat program bila, di mana tanpa pikiaq situasi mereka.



Saya bagi cadangan, kena ada rumah atau bilik musafir untuk orang jauh.
Tolonglah.



Okey, straight to the point. (Catatan ini ditulis di dalam blog, supaya,
jka saya tidak dapat datang, kalian boleh curi, dan katakan dalam miting
esok pasal apa yang saya nampak dan idea penyelesaian yang diilhamkan
dari langit.)



1) Kena ada kongres seterusnya.



2) Perjumpaan berkala setiap tahun oleh sekretariat untuk memberitahu
serta membincangkan perkembangan apa yang telah dilakukan.



3) Sistem pendidikan Islam yang agak berjaya: Pondok dan PASTI.



4) Silibus-silibus teks harus diserapkan Islam sebagai tertinggi
(Ya'lu).



5) Terus menerus menentang dan menguburkan PPSMI.



6) Tidak boleh lagi berorientasikan sistem peperiksaan yang bodoh.



7) Sejak darjah 1 lagi, diajarkan bahasa 'Arab, Melayu, Inggeris,
Mandarin dan Tamil untuk memperkukuh semangat 1 Malaysia.



8) Permudahkan penguasaan B.I dan B.A (Kena ada cara yang sistematik,
berkesan, mudah, serta terperinci).



9) Kena diakui, 'aqal setiap orang adalah berbeda. Jadi, sijil kemahiran
juga perlu diberi keutamaan dan diajarkan dengan lebih baik kepada semua
pelajar termasuk sekolah ugama Rakyat dan sekolah ugama tidak rakyat.
Supaya, para pelajar ada ilmu bantu untuk meneruskan kehidupan, tanpa
perlu menjual ilmu.



10) Perlu ditubuhkan alumni, setiap sekolah ugama rakyat yang
benar-benar hidup dan kuat untuk membantu dan menguatkan semula struktur
sekolah tersebut.



11) P.I.B.G kena dimantapkan semantap-mantapnya.



12) Guru-guru, ustaz-ustazah harus dikursuskan (Tidak perlu ke Pulau
Langkawi atau Pulau Tioman untuk berkursus!) sebulan sekali untuk
menilai dan meninjau sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.



13) Kena wajib lulus subjek ugama Islam.



14) Pembasmian gejala kemurtadan (Silibus Harun Yahya, Ahmad Deedat dan
Zakir Naik harus diguna pakai dalam perlaksanaan pelajaran subjek
'aqidah hari ini).



15) Tumpukan dahulu pada Tauhid yang tiga, yang diajarkan Imam Ibn
Taimiyah dan jangan terlampau memayahkan pelajaran tentang ugama Islam.



16) Semua orang harus rajin dan gigih membaca, mengaji dan mengulangkaji
mulai sekarang, khasnya para guru, dan mahasiswa-mahasiswi yang
prihatin.




17) Membentuk satu komuniti budak sekolah (Mahasiswa / guru yang
kendalikan / ala usrah tetapi lebih bersifat keremajaan. Banyak perkara
yang boleh dilakukan dalam komuniti ini).



18) Kena ada pendidikan yang bersifat mudah dicapai.



19) Sampai tahap sekolah: Sekolahku, Syurgaku!



20) Pondok Gontor- Pesantren Jawa Timur di Indonesia sebagai model
Pendidikan Islam.



21) Sikap yang jelas dan terperinci adalah amat perlu dari sikap
mencapap, glamour, populis, kapitalis dan sebagainya. Dicadangkan
pengajian di kolej, universiti: Sem 1 ditumpukan seratus peratus dalam
bahasa 'Arab. Sem 2 ditumpukan seratus peratus dalam bahasa Inggeris.
Sem 3, 4, 5, dan 6 ditumpukan seratus peratus dalam subjek-subjek lain.
Perlu diingat, satu sem mengandungi lima bulan. Bukankah ia amat bagus
untuk mempertajam skil pembelajaran?



22) Apa yang telah terjadi menunjukkan salah satu antara dua:



i) Islam telah gagal membentuk pendidikan.



atau,



ii) Kita sendiri yang telah gagal membentuk pendidikan dengan Islam?



23) Antara dua tentang sikap pemerintah yang kita boleh ambil dalam hal
ini:



i) Pertama, terus menerus menggasak Kerajaan Barisan hingga jatuh.



ii) Kedua, kena jadi kumpulan pendesak yang cukup kuat hingga kerajaan
tidak berani usik dan kacau Pendidikan Islam, sepertimana kerajaan tidak
berani sentuh orang Cina / Sekolah Cina (Lihat Al-Azhar).



Rumusan saya yang masih berumur 21 tahun dan masih belum grad ini,
sebenarnya kita semua telah mabuk politik, hingga terlupakan sistem
sosial kemasyarakatan, budaya pendidikan kenegaraan. Sedangkan Islam,
mengandungi semua perkara ini, mengapa kita cuma tumpu pada politik
sahaja?

Kirim email ke