salam..

saya ni pun xdela reti bab2 agama ni sgt..tp apa yg penah saya pelajari, anjing 
tgolong dalam salah satu najis yg dipanggil najis mughallazah iaitu najis 
berat. apa sebabnya, x pula diketahui, cuma dikatakan bahawa anjing & babi ni 
dlm bdnnya ada sejenis kuman yang dibunuh dgn cara apa pun xkan mati. sbb tu 
Allah melarang kita bersentuhan dengan anjing atau babi ni kerana dikhuatiri 
memudaratkan kesihatan. (mungkin kerana tu juga la tsebarnya penyakit H1N1 skrg 
ni kot. wallahua'alam)..

mengikut apa yang pernah diajarkan oleh guru2 di sekolah agama dulu, 
walaubagaimanapun kita boleh bersentuhan dengan anjing/babi ni sekiranya dua2 
kering..tp pada pandangan saya, dah termaktub bahawa anjing/babi ni haram, maka 
x perlulah kita bersentuhan dengannya. lebih2 lagi jika difikir dari segi 
logik, tapak tangan kita sentiasa berpeluh & dah tentu basah..KECUALI jika x 
sengaja...dan bukan DISENGAJAKAN..

Bab bela anjing tu pulak pada pandangan saya x salah...bukannya dijadikan 
binatang peliharaan untuk dipelukcium, hanya sekadar menjaga & memelihara 
daripada perkara2 yang tak baik di sekitar, seperti di ladang2 dan 
sebagainya..tetapi kalau untuk tujuan membela binatang peliharaan (pet), 
dicadangkan agar membela binatang lain sahaja kerana masih banyak lagi binatang 
peliharaan yang boleh dipelihara spt kucing, arnab, dll. walaubagaimanapun, 
dinasihatkan agar mereka yang bela anjing untuk tujuan keselamatan agar 
sentiasa bersepatu (berkasut) kerana setiap laluan/jalan yang dipijak oleh 
anjing tersebut juga tergolong dalam najis berat & wajib disamak. tp kalau nak 
diikutkan, kat mana2 pun skrg ni anjing berkeliaran..dan kita pun x tahu sama 
ada pernah terpijak laluan/jejak anjing ni..sebab tu kita kena tawakal 
je..sekiranya ada rasa was2 atau ragu2, maka hendaklah dikerjakan perbuatan 
samak tersebut. sebab tu kita digalakkan membuka kasut sekiranya berada
 di dalam rumah..supaya segala najis yang terlekat pada kasut kita tu x dibawa 
sekali masuk.

apepun terpulang pada pandangan masing2..tapi bagi saya, apabila telah 
termaktub yang anjing itu haram, maka sebolehnya hendaklah dihindari. 
Wallahua'alam..




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, August 10, 2009 4:02:36 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Anjing Pencegah Maksiat

 
Salam tu alll...

sebut pasal anjing nie, one of my chinese friend tanya. kenapa anjing haram? 
apa yg sy tau air liur dia yg x boleh kan?
sbb dia once pernah luka akibat jatuh, dia bagi anjingnya jilat. Dia kata luka 
tu cepat sembuh.

sesapa boleh bagi hujah yg bernas or ilmu or dalil yg bernas x? TQ

 



________________________________
Daripada: "roz...@yahoo. com" <roz...@yahoo. com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Isnin, 3 Ogos, 2009 9:33:48
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Anjing Pencegah Maksiat

 
Sebelum ini ada seorang ustaz di taman saya kata bahawa taman tempat taman kita 
ni ( iaitu Taman Alamanda , Senawang ) banyak anjinglah akhir-akhir ni. Saya 
kata eloklah tu. Dia pun terperanjat , apa pula elok banyak anjing liar 
berkeliaran.

Saya kata pada dia , kumpulan anjing-anjing liar ini hanya berkeliaran di 
kawasan padang dan deretan kedai pada waktu malam dan awal pagi. Pada waktu 
siang , anjing ini pergi tempat lain ( tak tahulah menghilang ke mana ).

Lepas tu saya tanya pada dia , ada anjing-anjing tu menganggu penduduk , berak 
merata-rata , bulu berguguran macam anjing kurap ? Tak ada pula anjing-anjing 
tersebut mengganggu penduduk , berak merata-rata, kejar budak-budak. 
Sihat-sihat semua anjing-anjing tadi.

Tapi semenjak ada banyak anjing-anjing liar di taman ini saya kata jarang 
nampak muda mudi melepak di kawasan taman permainan dan deretan kedai pada 
lewat malam dan awal pagi. Seolah-olah anjing ini mencegah maksiat.

Baru-baru ini seorang warga emas taman ini pun beritahu saya bahawa akhir-akhir 
ini banyak anjing liar di taman ini. Saya kata pada dia , Haji kalau anjing tu 
tak kacau kita , biarlah. Tak berak merata-rata , surau pun dia tak kacau 
biarlah. Lagi pun sejak ada anjing ini kita tak tengok anak-anak muda-mudi 
melepak di padang permainan. ( Anjing tak berak di surau , tapi ada yang 
singgah surau semata-mata untuk buang air kecil dan besar ).

Saya kata pada dia , dulu Ustaz Ali Kutty kata bahawa yang menganggap anjing 
najis berat ialah Mazhab Syafie dan Syiah sahaja (betulkan saya kalau 
tersilap), mazhab lain tak ada masalah dengan anjing ni.

Haji tu pun kata , dulu masa dia kecil-kecil di kampung , dia pun bela anjing. 
Sebab dulu kampung banyak babi hutan dan macam-macam binatang liar.

Itulah cerita mengenai anjing, binatang makhluk Allah yang disebut secara 
khusus dalam Al Quran dalam kisah Ashabul Kahfi.

Tak malukah manusia yang hanya berdiam diri melihat maksiat ? Kalau kita hanya 
berdiam diri bila melihat maksiat , rasanya anjing lebih mulia dari kita. Kalau 
kita pula melakukan maksiat , lagi jauh mulia anjing. Kalau kita 
terang-terangan pula buat maksiat , macam begitu ramai orang Melayu beli Judi 
di Kedai Judi Halal Berlesen , jauh lebih mulia anjing tadi.

Jadi kalau ada orang gelar kita anjing , janganlah marah. Kerana anjing lebih 
mulia daripada manusia yang melakukan maksiat.

Ada orang Islam yang dengar azan tak sahut, leka berborak. Tapi ada anjing yang 
dengar azan , dia sahut. Ceritanya di sini http://waghih. blogspot. com/2007/ 
09/anjing- sahut-seruan- azan-subuh- di.html

Juga anjing sahut seruan azan di Youtube http://www.youtube. com/watch? 
v=QAO_sojC9PY


________________________________
Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!



      

Kirim email ke