----- Forwarded by Nurfaridah Harun/MY/CORP on 13-08-09 03:50 PM -----

Norshahida Nafisa Nordin/MY/CORP 
13-08-09 11:58 AM

To

cc

Subject
Fw: Allah selamatkan saya ketika derita... ...









Allah selamatkan saya ketika derita... 
 
 


Azamin Amin 
Wed | Jul 22, 09 | 12:31:33 pm MYT 
Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman 
pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu 
tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau 
berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika 
saya masih bujang. 
 


 
 
 
 
 
 
"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan 
terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah 
dan belajarlah bersabar menahan sengsara. 
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. 
Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti 
kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas 
perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi 
semata-mata. 
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang 
kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. 
"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang 
hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. 
"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang 
menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu 
pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula. 
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh 
rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. 
Tidur untuk menahan lapar 
Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba 
memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. 
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik 
daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa 
dan kesalahan saya selama ini. 
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. 
"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, 
sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan 
bungkusan makanan itu. 
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa 
kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya 
kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. 
Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah , nescaya dirimu 
diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan 
bercambah-cambah. 
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh 
daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. 
Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi 
pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah 
Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan 
aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. 
Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada 
wang untuk menjamu selera. 
Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak 
kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di 
kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang 
mengundang padah. 
Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya 
yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita. 
Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja 
Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika 
dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari. 
'Tak boleh sembahyang Jumaat!' 
Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, 
masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu 
persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. 
Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat 
kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan 
tidak semena-mena. 
"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. 
"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun. 
"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali 
tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati. 
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 
'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka 
lazim 'bersidai'. 
"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata 
saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. 
Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak 
sembahayang. 
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. 
Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang 
"Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang 
sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang 
berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi. 
Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan 
yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang 
Dia mahu. Yang pasti, pintalah. 
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. 
Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang 
diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, 
tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup 
menebalkan muka. 
Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang 
ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. 
"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa 
yang dihajat," ingat mereka kepada saya. 
Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada 
Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu 
kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah 
tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu! 
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya... 
"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku 
menambahkan malu di muka." 
Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai 
bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah 
dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. 
Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit 
sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran 
kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka... 
Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah 
membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan 
penyelesaian yang tidak diduga. 
Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang 
lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil 
diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya. 
Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya 
Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya. 
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas 
sangkaan hamba-hambaKu." 
Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena 
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu 
malam ketika benar-benar kesempitan wang. 
Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya 
kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak 
menjamah walau secebis makanan. 
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya 
merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak 
sanggup melihat keadaan itu. 
Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan 
air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol 
susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan 
ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol 
tersebut. 
Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... 
Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat 
meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya 
keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, 
dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. 
Saya bersabar menunggu detik itu... 
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua 
seraya berkata : 
" Mmm...sedap.." dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan 
sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya. 
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, 
menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah 
terlena...... 
Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau 
yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia 
menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. 
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya 
melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti 
terbaik' hidup kita selama ini. 
Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. 
Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana 
khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. 
Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya 
hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya. 
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" 
(Al-Baqarah: 286) 
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. 
Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun 
kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar 
rintihan kita. 
Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti 
apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. 
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman 
di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. 
Mereka lebih derita dan lara. 
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat 
daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, 
justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu 
dan dilindungi selalu. 
Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang 
mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' 
sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan 
kecundang. 
Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja 
saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan 
puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini 
dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. 
Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin 
sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, 
kerana dunia ini pinjaman semata-mata. 
Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih 
hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik 
saya. 
Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, 
menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba. 
Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada 
pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya 
yang panjang... 
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, 
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira 
kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, 
mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami 
milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156). 
 
This email and attachment is scan by PureMessage, it does not guarantee 
that either are virus-free and accepts no liability for any damage 
sustained as a result of viruses. 
 
 


See all the ways you can stay connected to friends and family 
 

 
 


Dapatkan alamat E-mel baru anda! 
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya! 

This message is intended only for the use of the person(s) to whom it is 
addressed and may contain information that is privileged or otherwise 
protected from disclosure.If you are not the intended recipient you are 
hereby notified that any use, review, disclosure or copying of this 
message and the information it contains is prohibited. If you receive the 
message in error , please notify the sender by reply e-mail and discard 
all its contents. Thank You. 

****************************************************************** 
This message originated from the Internet. Its originator may or may not 
be who 
they claim to be and the information contained in the message and any 
attachments may or may not be accurate. 
****************************************************************** 

******************************************************************* 
This e-mail is confidential. It may also be legally privileged. 
If you are not the addressee you may not copy, forward, disclose 
or use any part of it. If you have received this message in error, 
please delete it and all copies from your system and notify the 
sender immediately by return e-mail. 

Internet communications cannot be guaranteed to be timely, 
secure, error or virus-free. The sender does not accept liability 
for any errors or omissions. 
******************************************************************* 
"SAVE PAPER - THINK BEFORE YOU PRINT!" 
*********************************************************************** 
Privileged/confidential information may be contained in this message. If 
you are not the named recipient or addressee, you are hereby notified that 
any use review, disclosure or copying of the contents herein is strictly 
prohibited. In such a case, kindly discard all its contents and notify 
sender accordingly regarding such unauthorized disclosure or transmission 
by email. Opinions, conclusions, statements and other information in this 
message that do not relate to the official business of CIMB Group shall be 
understood as neither given or endorsed by it. The contents herein are 
meant strictly for the use of the named recipient or addressee of CIMB 
Group. No assumption of responsibility or liability whatsoever is 
undertaken by CIMB Group in respect of prohibited and unauthorised use by 
any other person. 
***********************************************************************
*********************************************************************** 
Privileged/confidential information may be contained in this message. If 
you are not the named recipient or addressee, you are hereby notified that 
any use review, disclosure or copying of the contents herein is strictly 
prohibited. In such a case, kindly discard all its contents and notify 
sender accordingly regarding such unauthorized disclosure or transmission 
by email. Opinions, conclusions, statements and other information in this 
message that do not relate to the official business of CIMB Group shall be 
understood as neither given or endorsed by it. The contents herein are 
meant strictly for the use of the named recipient or addressee of CIMB 
Group. No assumption of responsibility or liability whatsoever is 
undertaken by CIMB Group in respect of prohibited and unauthorised use by 
any other person. 
***********************************************************************
***********************************************************************
Privileged/confidential information may be contained in this message. 
If you are not the named recipient or addressee, you are hereby notified 
that any use review, disclosure or copying of the contents herein is 
strictly prohibited. In such a case, kindly discard all its contents and 
notify sender accordingly regarding such unauthorized disclosure or 
transmission by email.
Opinions, conclusions, statements and other information in this message
that do not relate to the official business of CIMB Group shall be 
understood as neither given or endorsed by it.
The contents herein are meant strictly for the use of the named 
recipient or addressee of CIMB Group. No assumption of responsibility 
or liability whatsoever is undertaken by CIMB Group in respect of 
prohibited and unauthorised use by any other person.
***********************************************************************

Kirim email ke