10 sifat peribadi yang mesti dipupuk
Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan
seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki
mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani
kehidupan seharian.
Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui
kehidupan yang lebih bahagia…
1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati
Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang.
Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran
kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata.
Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada,
berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih
sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya
ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.
Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan
kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa
kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin
menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang
lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk
berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak
merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?
Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa
dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang
tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.
Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan
pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain,
lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari
penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan
sebagainya.
Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus
dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh
dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi,
orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan
mendorong semangat orang lain.
Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan
bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan,
dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan
siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa
pun yang dialami dan dirasakannya.
Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya
sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan
menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan
lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan
melakukannya dengan baik..
Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain.
Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan
permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya
hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.
Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka
membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah
besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan.
Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri
dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.
Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati
bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat
menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua
belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia
selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.
Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam
hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam,
dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!
Wallahu a’lam.
.
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/