Adab bersinRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT
sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan
memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan
"Yarhamukallah" . Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika
seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat
mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadis
Riwayat al-Bukhari)
Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Dua orang laki-laki
bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang
satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin
tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Yang ini
sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak." (Sahih Muslim)
Huraian:
1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan
kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam
pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan
sebagainya.
2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah
meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak
elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke
dalam mulut.. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap,
seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah
lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut
selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas
bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah" , sebagai rasa bersyukur dengan
memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah"
sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati
Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa
wayahdiikumullah" . Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak
mengucapkan 'al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk
diberikan ucapan tersebut.
4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya
wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan
ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus
menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan
"Afakallah" (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan
"Yarhamukallah" .
5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu
kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan
seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang
patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.
Sumber: JAKiM
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Hadis Rasulullah SAW:
Daripada Salman bin 'Amir r..a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah;
sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat
dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim."
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
..
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru..
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/