Sambutan pertandingan bolasepak jalanan yang diadakan pada 15 Ogos 2009 di 
Dataran Senawang adalah diluar jangkaan sempena Expo Ramadhan 1430 H.  Walaupun 
penyertaan telah ditutup , beberapa pasukan telah menunggu dengan harapan ada 
pasukan yang telah mendaftar tidak datang pada saat akhir.

Juara dimenangi oleh Gedong Lalang FC , Naib Juara Negeri Sembilan FC, tempat 
ketiga Legasy United dan tempat keempat pasukan Soccer Boy. Hadiah pertandingan 
telah disampaikan oleh YB Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi.

Turut diadakan ialah pertandingan roket air. 

Pada 16 Ogos 2009 pula telah diadakan pertandingan motosikal perlahan di mana 
juara ialah Sdr Jamari, naib juara Sdr Jabar dan ketiga Sdr Amin. Hadiah 
pertandingan telah disampaikan oleh En Mohamad Hassan Tamby , Pembantu Khas 
ADUN Paroi. 

Foto program pada pautan berikut 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/08/bolasepak-jalanan-meriah-di-negeri.html
 



      

Kirim email ke