PROGRAM JUALAN AMAL NASI BERIANI

Adalah dimaklumkan pihak pengurusan PASTI al Amal , Taman Marida dengan 
kerjasama PAS Cawangan Senawang akan menganjurkan Program Jualan Amal Nasi 
Beriani sempena menyambut bulan Ramadhan 1430 H.

Program ini merupakan jualan kupon dengan harga RM10 bagi setiap bungkus Nasi 
Beriani.

Mereka yang berminat untuk menderma, membeli untuk diri sendiri atau membeli 
dan menyumbang untuk keluarga miskin / anak-anak yatim boleh membeli kupon ini 
mulai sekarang dengan menghubungi :
Sdr Sufian 013-3589328
Sdr Nazri Zainal 019-9103431
Tn Hj. Faisol 019-3440826

Mereka yang membeli kupon ini boleh mendapatkan Nasi Beriani di PASTI Amal , 
Taman Marida , Senawang pada hari Isnin, 14 September 2009 bermula jam 5.00 
petang hingga 7.00 malam.

Tarikh akhir pembelian kupon ini ialah pada 9 September 2009.





      

Kirim email ke