Utusan - UMNO, The STAR- MCA, SIn Chew- MCA.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22169&Itemid=1
Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau
Oleh Rizal Tahir
Tue | Aug 18, 09 | 4:32:27 pm MYT
KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit
kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang
kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya
sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari
ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di
pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli
Umno tidak akan masuk syurga.
Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka
depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap
akhbar ini.
"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli
Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh
dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman
mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman,
memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan
anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu
mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak
bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula
dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana
musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang
perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang
mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar
Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu
tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus
perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut
surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari
menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada
ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.