Isteri sujud kepada suamiDaripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud
kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."
(Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)
Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan
berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta
zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan
hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa."
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk
berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum
yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu
kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi
isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti
inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang
disebutkan di dalam hadis di atas.
MALANGNYA, hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami
yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali
pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan
banyak sekali kes-kes 'kaki suami' yang hinggap di pundak isteri mahupun
anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu
cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak
dipenuhi.
Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga
seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan
'penyejuk mata' melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka
berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul?
Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya.
Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar
melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep 'ketam berjalan' yang menjadi
amalan kebanyakan kita.
'Walk your talk', itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga
yang bertakwa.
Dimanakah pula posisi kita?
Renung-renungkan!
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada
pembacanya pada hari kiamat nanti.. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah
dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua
kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang
terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana
dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan
dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
..
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/