[image: food.jpg]

Al Quran yang diturunkan kepada umat Islam menyatakan beberapa larangan,
dengan mengarahkan mereka supaya membuat pilihan dengan teliti dan bijak
serta memakan makanan yang baik dan berkhasiat.
Dalam memilih makanan dan minuman, Islam telah menetapkan tiga garis panduan
yang penting iaitu:

   - Sama ada makanan itu diharamkan Allah
   - Sama ada makanan itu diperolehi secara halal atau haram
   - Sama ada bahan itu boleh memudaratkan kesihatan

Justeru, pengambilan makanan dan minuman yang diharamkan dalam Islam akan
meninggalkan kesan buruk ke atas aspek aspek kesihatan, kerohanian dan
perkembangan fizikal seseorang individu. Terdapat beberapa faktor yang
menentukan status halal haram makanan tertentu.Ini termasuk sifat semula
jadi makanan, bagaimana ia di hasilkan, di proses, di edarkan dan bagaimana
di perolihi. Misalnya, sebarang produk daripada sumber babi di anggap haram
kerana bahan tersebut adalah haram. Begitu juga, daging daripada binatang
yang tidak di sembelih mengikut hukum syarak adalah haram. Makanan yang di
curi atau tidak diperolihi mengikut hukum syarak juga haram. Makanan dan
minuman yang beracun atau memabukkan adalah haram kerana bahan tersebut
boleh memudaratkan kesihatan. Islam menggariskan beberapa garis panduan umum
mengenai perkara ini ia itu:-

   - Semua bahan mentah dan rumusan mesti halal
   - Binatang yang halal untuk makan saperti lembu mestilah di sembelih
   mengikut hukum Islam, yang mana penyembelihan nya itu di lakukan oleh
   seorang Islam yang waras akal fikirannya, dengan memotong urat leher
   binatang sembelihan hingga putus, dengan menggunakan benda tajam saperti
   psau. Perkataan "Bismillah" perlu disebut ketika sembelih.
   - Bahan ramuan halal tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan bahan
   haram saperti produk daripada babi atau anjing sewaktu menyimpan,
mengangk<http://4.bp.blogspot.com/_Etx5djtAdo0/SMIA1oZVZBI/AAAAAAAAAic/XX2U4b56Jb4/s1600-h/Food+and+drink.jpg>ut,
   memasak dan menghidangkannya.


Sumber:Panduan CAP.







 Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

<<food.jpg>>

Kirim email ke