Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1430 H pada hari Ahad 23 Ogos 2009 untuk membantu golongan yang memerlukan telah diketuai oleh Tn Hj Roni selaku Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan Rembau dan Sdr Sufian Ibrahim , Ketua Pemuda PAS Rembau.
Konvoi 6 kenderaan telah berkumpul di Masjid Qariah Kota pada waktu zuhur. Turut hadir bersama rombongan menghulurkan bantuan ini ialah Sdr Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau , Sdr Hamizi Bendahari Kawasan Rembau dan Sdr Zamri dari Unit Amal Rembau dan beberapa ahli dari kawasan Rembau dan DUN Chembong. Agihan sumbangan pada hari ini tertumpu di kawasan Kg Sawah Raja, Kota. Sebanyak 20 keluarga telah menerima sumbangan pada kali ini. Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1430 H ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadhan ini. Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi mereka di bawah ini : Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202 Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) – 012-2268230 Sdr. Rozmal ( Timb. YDP Rembau) – 012-2267406 Sdr Sufian (DUN Paroi ) – 013-3589328 Sdr Zamri (DUN Kota ) – 012-3513434 Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051 Tn Hj Shukri (DUN Rantau ) – 019-6210677 Gambar sumbangan di Kg Sawah Raja pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/08/bantuan-ramadhan-disalurkan-terus-di.html
