Assalamualaikum wbt…

Salam sejahtera selembut sutera seikhlas hati setulus budi buatmu yang bernama 
Ramadhan.sekian lamanya kumenanti kehadiranmu untuk kubelai dan merasai 
ketenangan duduk dipangkuanmu. kau hadir dengan sebuah senyuman yang cukup 
menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang senyumanmu itu akan pudar ketika 
meninggalkanku, aku takut aku tak dapat melayanmu dengan sebaiknya.


Teringat aku pada waktu dulu,aku sering melupai akan dirimu,kehadiranmu tidak 
kuhiraukan kau dan hari-hari lain sama sahaja bagiku,tapi kau dengan sabar 
mengunjungiku setiap tahun demi untuk memberiku setitis tinta kebenaran. 
seringkali aku membiarkanmu sendirian dari awal kedatanganmu sehingga kau pergi 
meninggalkanku.

Alangkah ruginya aku kerana membiarkanmu sendirian,sedangkan kau adalah tetamu 
yang paling istimewa buat diriku. kini aku sedar kewujudanmu terlalu amat 
penting buat diriku sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa. lalu setiap kali 
kau akan datang aku akan menunggu dengan penuh debaran,penuh pengharapan, ye 
harapan untuk melalui hari-hari bersamamu dengan penuh pengisian. kehadiranmu 
kali ini tidak kupersiakan, setiap malam aku bersamamu untuk berterawih dan 
bertadarrus, bertahajjud, berzikir,bermunajat dan beristighfar..

Setiap hari kuperbanyakkan amalan sunat supaya aku dapat mencari keredhaanNya. 
ternyata kehadiranmu memberi erti yang amat bermakna buat diriku..

Kau telah mentarbiah, mendidik, membimbing, memimpin aku untuk menjadi insan 
yang solehah. terima kasih kuucapkan kerana membawa aku dekat pada Allah swt. 
insyaallah aku akan tetap bersamamu untuk mengadap yang Kuasa,menyatakan 
kesyukuran diatas nikmat pemberian.

Kuharap kau tidak lagi bersedih dengan sikapku,maafkan aku diatas kesilapan 
yang lalu, doamu telah termakbul untuk melihatku kembali sebagai seorang hamba 
yang taat pada Allah.
sebelum berpisah kuharap kita akan terus dipertemukan oleh yang maha Esa untuk 
kita bersama berjuang menuju keredhaan dan mencari cinta kasih dari Allah swt 
dan untuk mencari ketenangan dan kebahgiaan didunia dan akhirat..

Ramadhan itu datang lagi,
Bersedia menyambut ku yg keseorangan di sini,
Ku yg tercari-cari pengertian diri,
Ku yg kehilangan kekuatan diri.

Hadirnya seribu pengertian,
Hadirnya seribu kerahmatan,
Hanya bg mereka yg manfaatkan,
seribu satu peluang yg wujud dalam keberkatan.

Ya Allah padaMu ku panjatkan syukurku,
Ya Allah padaMu ku letakkan kehambaanku,
PadaMu juga ku panjatkan doaku,
Memohon agar diri ini tergolong di dalam redhoMu
Memohon agar diri ini sentiasa dinaungi rahmatMu
Memohon agar diri ini senantiasa beramal di sepertiga mlmMu,
Agar hati ini pula mendapat ketenangan pabila mulut ini melafazkan kata2Mu..

Ya Allah,...
Namun ku takut,
teramat takut......
Ujian sentiasa ada untuk hambaMu yg beriman,
Menguji seteguh mana iman,
Menguji kesetiaan seorg musafir jalanan,
Juga sebagai tanda kasihMu tuhan....... ..

Ya Allah,
Hanya satu yg ku minta,
Jadikanlah aku hambaMu yg beriman,
Kentalkn lah hatiku agar tenang diulik kalimahMu Al Quran.......
Amin Ya Rabbala'lamin. ......... .........


 
 
.


      Berhubung melalui perbualan pada profil rangkaian, blog atau mana-mana 
tapak web peribadi! Yahoo! membolehkan anda untuk IM dengan Pingbox. Cubalah 
ciri ini! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/

Kirim email ke