Heboh diperkatakan di kalangan jemaah Masjid Bandar Baru Senawang sekarang ini 
bahawa ramai Ahli Jawatankuasa Masjid yang lama digugurkan menjelang Ramadhan 
1430 Hijrah . Tinggal 2-3 kerat muka-muka lama. Muka baru yang dilantik tak 
pasti oleh siapa menyenaraikan mereka yang jarang sekali berjemaah di masjid.

Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh bekas Mufti Negeri Sembilan Sheikh 
Dato Hj Mohd Murtadza sebelum ini bahawa pemilihan jawatankuasa masjid oleh YB 
menjadikan suasana masjid di Negeri Sembilan ini semakin teruk hingga ketiadaan 
jemaah.

Dato Murtadza : Di Negeri Sembilan, pemilihan jawatankuasa masjid ditentukan 
oleh YB. Oleh kerana pemilihan dibuat oleh YB, suasana di masjid dan kariah 
makin teruk hingga ketiadaan jemaah. Analoginya begini. Kata parti A ambil ahli 
jawatankuasa dari kalangan mereka yang menganggotai parti A. Dalam parti A pula 
terdapat pecahan kumpulan yang lain. Bila YB pilih ahli jawatankuasa daripada 
kumpulan yang menyokongnya, maka makin terpinggirlah masjid berkenaan kerana 
perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Luahan hati bekas Mufti Negeri Sembilan pada pautan berikut 
http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/02/cabaran-mufti-ms-3.html 



      

Kirim email ke