SEKOLAH MENENGAH ISLAM PUCHONG LOT 140, JALAN BISTARI 3 KAMPUNG SERI AMAN 47100 PUCHONG SELANGOR DARUL EHSAN TEL: 03 - 8061 4801
No. Rujukan (28)MAIS/KP/BPM/03-2/002/11-2Jld.3 Tuan/Puan/Dato/Datin/Muslimin/Muslimat, *MEMOHON SUMBANGAN DERMA UNTUK MEMBINA SURAU* Pihak kami Jawatankuasa Pembangunan Sekolah mendoakan kesejahteraan Tuan/Puan/Dato/Datin/Muslimin/Muslimat. 2. Untuk makluman, Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP)telah ditubuhkan pada tahun 1999 yang lalu dengan pendaftaran JAIS-S(1902/99). 3. Oleh kerana pertambahan pelajar yang agak baik (300 pelajar) pihak sekolah telah berusaha untuk membina Surau Baru/Dewan Solat untuk kemudahan pelajar bagi menggantikan surau yang sedia ada yang agak uzur. *Anggaran kasar kos pembinaan Surau tersebut adalah RM 700,000.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Ribu Sahaja). * 4. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan/Dato/Datin/Muslimin/Muslimat dapat menghulurkan sumbangan/derma ikhlas untuk tujuan tersebut moga usaha murni ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dan diharapkan agar dapat dipanjangkan perkara ini kepada saudara mara, rakan-rakan dan kakitangan di bawah jagaan Tuan/Puan/Dato/Datin/Musli min/Muslimat. 5. Semua sumbangan boleh dibuat samada secara tunai atau cek atas nama "SMIP Pembangunan" dan dialamatkan kepada Bendahari Pembangunan SMIP, Lot 140, Jalan Bistari 3, Kampung Seri Aman, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan atau terus masukkan ke BANK ISLAM No. Akaun: 12-065-10-01341-2 atau melalui wakil kami. 6. Segala sumbangan/wakaf Tuan/Puan/Dato/Datin/Muslimin/Muslimat amat dihargai dan didoakan agar ianya menjadi amal jariah yang hanya ALLAH yang akan membalasnya. *Maklumat lanjut sila hubungi no tel. 019 - 271 0234 (Ustaz Mohd Nasir) dan 019 - 251 7140 (Ustaz Md Saberi).* Sekian terima kasih. Haji Mohd Nasir bin Yusoff Haji Md Saberi bin Talib Pengerusi Pembangunan SMIP Bendahari Pembangunan SMIP
