HIMPUNAN HADITH HARIAN



Tajuk :

Perihal Jin


BAB: Usuluddin

Hadith : Rasulullah
s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon
perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin".
Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya
Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda
menjawab: "Ya! Benar!".[ Abu Zar r.a]

Huraian:
   Pengajaran hadith:
i) Kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan 
syaitan.
ii) Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut
hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah
merekalah yang dikenali sebagai “syaitan manusia”.
iii) Maka berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia,
janganlah sekali-kali terikut atau berkompromi dengan “syaitan manusia”
ini kerana kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat
daripada kejahatan mereka.





Digest Islam:  http://digestislam.blogspot.com/

Kirim email ke