Salam dan Selamat Berpuasa ;-)
 
KETAHUILAH 10 KESALAHAN TERBESAR YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK
 
Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar untuk 
mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien 
tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian tersebut mengalami 
kemerosotan.
 
Terlalu banyak makan
Ia akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagia arteri otak dan sekali gus 
memperlahankan kuasa mental.
 
Merokok
Ia menyumbang kepada pengecutan otak dan boleh menyebabkan panyakit Alzheimer
 
Pengambilan gula yang tinggi
Terlalu banyak gula boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrien disebabkan 
kekurangan zat makanan dan mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak. 
 
Pencemaran udara
Otak merupakan penerima oksigen yang terbesar dalam sistem badan manusia. 
Apabila sering terdedah pada pencemaran udara, ia akan mengurangkan 
penghantaran sumber oksigen bersih ke otak dan secara langsung mengurangkan 
kecekapan fungsi otak.
 
Kurang tidur
Tidur memberi peluang otak berehat. Apabila seseorang mengabaikan kualiti tidur 
yang sempurna perlahan-lahan boleh menjejaskan sel otak sekali gus mendatangkan 
risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan fungsi otak.
 
Menutup kepala ketika sedang tidur
Tidur dengan menutup kepala akan mempertingkatkan karbon dioksida dan  
mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada 
bahagian otak
 
Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat
Ketika badan tidak sihat, secara tidak langsung juga akan memberikan efek 
kepada otak. Lantas memaksa diri ketika keadaan badan tidak mengizinkan mampu 
menyumbang kerosakan pada saraf otak pada amnya.
 
Berfikiran sempit
Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang 
itu sering berfikiran sempit maka ia boleh menyebabkan sberlakunya pengecutan 
di bahagian otak.
 
Jarang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu 
jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak mampu mengalami 
kemunduran.  >>>>><<<<<>>>>><<<<<>>>>><<<<<>>>>><<<<<
Great Tools:-
Click Grow Rich - Free Register
>>>>><<<<<>>>>><<<<<>>>>><<<<<>>>>><<<<<



      

Kirim email ke