'Pulanglah Fatin, mak rindukanmu'
Oleh NAZATUL SHIMA RAZALI
[email protected]




FATIN  dilaporkan  hilang  di Kampung Talang Changkat, Kuala Kangsar, Perak 
sejak 16 Ogos lalu. 



KUALA KANGSAR - Seorang ibu tunggal merayu anak bongsunya, Fatin
Erlina Ramli, 16, yang hilang sejak sembilan hari lalu supaya kembali
semula ke pangkuan keluarga.
Menurut Normadiah Hamzah, 54, Fatin kali terakhir ditemui pada pagi
16 Ogos lalu selepas meminta izin untuk ke sekolahnya di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, di sini.
Dia semasa keluar dari rumah memakai kemeja T sekolah, bertudung putih, 
berseluar dan berkasut sukan.
Fatin bagaimanapun dipercayai hilang selepas pulang dari sekolah
pada pukul 5.30 petang ketika mahu mengambil basikalnya yang diletakkan
berhampiran sebuah rumah selepas turun dari bas kira-kira 200 meter
daripada jalan besar berhampiran kampungnya.
"Ketika dia turun dari bas, majikan saya ada ternampak dia mengambil
basikalnya, begitu juga ada seorang mak cik turut mendakwa ternampak
Fatin bersama basikalnya.
"Tetapi ketika mak cik menunggu dia di hentian bas selepas mendapati
dia lewat pulang, basikal dia langsung tidak terusik," katanya dalam
keadaan sebak ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Jengok2: http://dppklangat.blogspot.com/
-gegar di kuala-





      

Kirim email ke