Seruan 28 Ogos: Masjid-Masjid Umat Islam Adakan Solidariti Selamatkan Masjid Al 
Aqsa

August 22, 2009
Pertubuhan Antarabangsa Al-Quds dalam satu kempen mereka bertajuk “Al-Aqsa 
Harus Kita Pelihara” menyerukan media massa dan pihak-pihak yang berkepentingan 
dengan masjid Al-Aqsa untuk mendeklarasikan hari Jumaat 28 Ogos ini sebagai 
hari solidariti masjid-masjid umat Islam untuk masjid Al-Aqsa dan menyerukan 
kepada para khatib di masjid-masjid untuk mengkhususkan hari Jumaat itu sebagai 
hari  memperkenalkan masjid Al-Aqsa.
Pertubuhan yang dipimpin Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, pada hari Rabu (19/8) 
yang lepas dalam peringatan 40 tahun pembakaran Israel terhadap masjid Al-Aqsa 
pada 21 Ogos 1969 meminta kepada media massa mendeklarasikan tanggal 28 Ogos 
sebagai hari solidariti masjid-masjid umat Islam kepada masjid Al-Aqsa. Para 
khatib di masjid-masjid di seru untuk mengetengahkan permasalahan Masjid Al 
Aqsa dan apa saja yang menimpanya dan menjelaskan kewajiban umat Islam dalam 
membelanya.


      

Kirim email ke