Tahukah anda berapa keperluan telur itik untuk Malaysia? Keperluan telur itik adalah untuk makanan, perusahaan kuih dan kek, kenduri kendara dan lain-lain.Setiap hari diperlukan tidak kurang 6 juta telur masin untuk pasaran tempatan diperlukan. Keperluan ini hanya memenuhi tidak sampai 30 peratus keperluan.
Tahukah anda bahawa itik telur amat mudah dipelihara dan kurang risiko berbanding memelihara ayam. Berapakah harga sebutir telur itik dipasaran? Pada masa nota ini ditulis harga telur segar ialah 42 sen sebiji. Ia akan meningkatpada musim perayaan. Mengapa itik berbanding yam? Mudah. Itik telur tidak menghadapi risiko pasaran. Telur masin dapat disimpan sehingga 3 bulan. Malah itik juga bertelur dalam jangka hayat sehingga 2 tahun. Andaikan anda memelihara 3 ribu ekor itik pada kadar peneluran 90 peratus sehari (itik bertelur pada minggu ke 17 dan seterusnya) Bermaksa anda mengutip 2700 telur sehari. Ambil pukulrata gred abc, sebiji telur dianggarkan mencapai harga antara 38-45 sen sebiji. Kos pengeluaran sebiji telur adalah antara 10-13 sen sebiji. Gaji pekerja dan lain-lain ditolak, anda boleh mendapat bersih 20 sen sebiji telur itik, bermakna RM540 setiap hari x 30 hari = RM16,200 setiap bulan. Kos pemeliharaan sehingga bertelur termasuk membuat reban bagi 3000 itik lebih kurang RM45 ribu. Ini bermakna pada kutipan hasil yang ke 4 (bulan) anda sudah mendapat semula pelaburan anda. Selebihnya, selama 18 bulan adalah keuntungan yang berlipat ganda - dengan syarat anda taat dan patuh serta komit kepada usaha anda. Hasil dimaksimakan jika anda mengeluarkan telur masin sendiri. Sebiji telur masin ditolak pada harga antara 55-65 sen, mengikut kualiti. Telur masin mencapai haga tertinggi pada kualiti berusia 12 hari. Penyertaan bumiputera secara komersial dalam ternak itik sangat kurang. Yang paling besar ialah 30 ribu ekor. Pengusaha Cina ada yang memelihara sehingga 1.5 juta ekor terutama di Perak dan Butterworth. Kurang yakin pada fakta diatas? Sila fikirkan soalan ini. Mengapa Rozita Ibrahim menyerahkan Sendayu Tinggi kepada anak-anaknya dan memberi tumpuan kepada ternak itik telur? Beliau kini mempunyai 20 ribu itik telur. Untuk konsultasi itik telur A-Z hubungi saya melalui e-mail. Saya sedia memberi bimbingan bermula dari reban sehingga pemakanan. Ditambah dengan pendekatan aplikasi probiotics. Jangan biarkan kebun sawit hanya mengharap pada kasil sawit. Jangan biarkan kebun kelapa hanya mengharap pada hasil kelapa atau dibiarkan tanah menjadi hutan semak-samun. Pak Faisal [email protected].
