Saya tertarik dengan perkara 6 yakni tunggangan.

Dalam hadith lain bahawa tunggangan itu ialah binatang  yang kita sembelih 
semasa korban.
Sebab itu kita sangat digalakkan berkorban (bianatan) pada hari raya haji 
(aidil adha).
Yang share binatang korban saya tak tahu nak komen walau pun memang boleh 
seperti
seekor lembu untuk tujuh bahagian.




________________________________
From: "Mohd-Shariff, [email protected]" <Mohd-Shariff, [email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, August 24, 2009 18:02:33
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Alam Masyar

 
ALAM MAHSYAR
 
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) 
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa 
malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal 
dan akhirnya nyawanya sendiri.
 
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan 
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri 
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. 
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha 
Kekal Hidup, tidak mati.
 
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup 
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi 
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit 
atau bulat seperti bumi.
 
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang 
berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg 
kembang membesar dari biji benih.
 
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka 
tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang 
tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
 
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang 
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah 
mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang 
kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, 
ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk 
memikirkan nasib mereka.
 
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, 
lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang 
amat dahsyat.
 
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah 
malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat 
saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
 
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga 
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama 
berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat 
nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. 
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi 
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. 
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
 
10. Terdapat satu kolam ( حوض) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar 
yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang 
bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya 
tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar 
satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya 
lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran 
yang mengalir dari syurga.
 
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan 
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
 
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata 
"Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya 
kerana takutkan Allah.
 
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak 
tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara 
"pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. 
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha 
mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan 
kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa 
Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya 
memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa 
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun 
perjalanan.
 
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu 
diperkenankan doa baginda.
 
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan 
hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, 
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar 
(besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang 
amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
 
15. ‘Arasy ( عرش) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung 
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang 
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang 
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia 
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 
16. Kursi ( كرسي) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang 
dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 
‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana 
yang terletak dihadapan istana.
 
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan 
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun 
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia 
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh 
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
 
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang 
kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada 
tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan 
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali 
diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
 
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan 
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan 
kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
 
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. 
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun 
yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk 
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka 
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki 
akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili 
oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
 
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk 
menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah 
seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
 
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan 
hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan 
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. 
Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
 
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi 
jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang 
dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang 
dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan 
dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
 
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang 
melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan 
berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa 
menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
 
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang 
lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya 
melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
 
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka 
Nasional Singapura 2004.



      New Email names for you!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke