---------- Forwarded message ----------
From: yahya lukman <[email protected]>
Date: 2009/8/30



          *Nikmat puasa, cahaya hidayah bagi saudara baru*



Walaupun baru memeluk agama Islam 26 hari lalu, dia mampu berpuasa penuh
sejak Ramadan bermula. Ini merupakan pertama kali, tidak perit atau pedih
malah baginya pengalaman menjalani ibadah itu cukup menyeronokkan!



Dia, Azman Yap Abdullah, 32 sentiasa tersenyum dan ceria. Tiada raut
keletihan atau kerut di wajahnya. Sungguhpun agak malu-malu bercerita pada
awalnya, tetapi bersemangat sekali mengungkap pengalaman berpuasa, satu-satu
ibadah yang dijalankan tanpa banyak tanya.

Sejak hari pertama sehingga kini, masih berpuasa tanpa tangguh. Tidak
sekerat-sekerat atau separuh hari tetapi penuh, sehingga menjelang waktu
berbuka.

“Saya tidak merasa susah, sakit ataupun pedih perut. Semuanya baik dan ianya
cukup menyeronokkan!”



Menceritakan pengalaman, kata Azman dia bersahur beberapa minit sebelum
masuk waktu subuh hanya dengan menjamah beberapa biji kurma, seperti yang
disunnah oleh Rasullulah s.a.w.



“Saya buka puasa pun makan kurma juga. Kemudian cari nasi atau makan di KFC.
Ada masa saya berbuka dengan cornflakes atau coco crunch,” katanya sambil
tersenyum lebar kepada kami.

Itu perasaan yang diluahkan Azman kepada Harakahdaily yang diberi peluang
Allah SWT bertemu dengan insan yang mendapat cahaya hidayah 2 Ogos lalu,
lalu mengucapkan kalimah syahadah di Hidayah Centre Pusat Komuniti
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dekat sini.

Dia mula mengenali agama indah ini sejak 3 bulan lalu, melalui sahabatnya
yang juga merupakan saudara baru.Sahabatnya itu, turut menghadiahkan
al-Quran terjemahan bahasa melayu untuk dia lebih mengenali dan memahami
agama Allah itu.



“Saya baca terjemahan melayu sebab tak berapa pandai bahasa inggeris. Dari
situ, saya mula percaya, bahawa agama Islam ini adalah agama yang
baik,”jelasnya dengan tenang.

Masih bertatih dan belajar, dia mengakui baru solat hanya sekali sahaja
tetapi terus mendapat bimbingan dua orang ustaz daripada JIM dikenali
sebagai Johan dan Abdul Rahim.

Azman merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa, sejak sembilan tahun
lalu. Dia mengajar Bahasa Melayu, Mandarin dan Sains untuk pelajar sekolah
rendah di Jalan Klang Lama.

Lelaki berketurunan Cina ini masih bujang dan agak segan untuk ditemubual
pada mulanya, tetapi kemudian menjadi teman mesra kepada kami berdua dari
Harakahdaily.

Katanya dia masih menyembunyikan keIslamannya daripada ibunya untuk
sementara waktu kerana tahu akan reaksi negatif yang bakal diterima.

“Lambat laun, saya akan beritahu juga…cuma perlahan-lahanlah. Tak mau mak
saya marah…”katanya masih tersenyum dengan sinar cahaya di wajahnya.

Ditanya tentang tip kuat semangat untuk berpuasa dan petua untuk orang yang
punya ‘banyak alasan’ untuk culas melakukan ibadah itu, Azman menjawab
ringkas tetapi tajam.

“Di belakang rumah kami, ada juga orang Islam makan di restoran Cina waktu
bulan puasa.

“Bagi saya, hati mesti baik dan jangan lupa, Tuhan ada tengok kita.”

Setelah berkongsi rasa dengan Azman, kami beralih pula kepada Siti Aisyah
Tresa, 38 yang memeluk agama Islam sejak 1993 di Melaka. .

Sambil matanya mula berkaca, hampir tumpah air mata, Siti menceritakan
detik-detik awal mula menyintai dan menaruh minat kepada agama Islam.

“Saya bekerja kilang dan tinggal di asrama di Johor. Ketika itu saya begitu
tertarik melihat kawan sebilik yang sentiasa mengerjakan sembahyang.

“Tiap kali waktu azan, dia akan terus bersiap-siap untuk sembahyang. Saya
tengok dia sembahyang, buat hati saya cukup tenang dan saya jadi minat
sangat untuk tahu agama kawan saya itu,”kata Siti.

Katanya kerana terlalu minat, adakala bila di kampung, dia akan sembahyang
sendiri-sendiri meniru gerak gaya kawannya itu.

Namun, setelah masuk agama Islam, cabaran hebat diterima apabila ditentang
hebat oleh kaum keluarga yang masih menganut Kristian. Selama hampir enam
tahun, dia melalui tekanan dan asakan hebat.

Tetapi selama itu jugalah, dia tabahkan hati dan tidak terputus hubungan
dengan kaum keluarga malah secara rutin, setiap sebulan sekali akan pulang
ke kampungnya di Kg Layang-Layang, Johor.

“Selama enam tahun, biar apa pun keluarga buat dan beri tekanan, saya
cekalkan hati balik juga bertemu mereka sebulan sekali…

“Alhamdulillah, kini mereka sudah boleh menerima saya dan hubungan masih
baik seperti sediakala. Syukur kepada tuhan,” katanya cuba menahan sebak

Kini Siti yang mempunyai dua cahaya mata bahagia bersama suami dikasihi,
Khaidir Maidin dan merindui sahabatnya Zainab yang rajin solat itu, yang
kini sudah terputus hubungan sejak sekian lamanya.

Siti memberitahu, pengalaman berpuasa bukanlah sesuatu yang asing dan
menjalani seperti biasa sama seperti umat Islam yang lain.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa saudara baru sepertinya, sering
diabaikan kebajikan dan disisihkan daripada masyarakat Islam.

“Saya sentiasa rasa diperlukan. Tak pernah saudara seagama menyisih saya
malah merekalah yang banyak membantu tatkala saya menghadapi kesulitan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Siti sempat menyuntik semangat kepada
rakan-rakan saudara baru baik yang sudah lama atau yang masih baru memeluk
agama Islam agar terus istiqamah bersama agama tercinta ini.

“Walau apa pun berlaku, teruslah bersama agama Islam. Percayalah, setiap
kesusahan yang dihadapi, ada jalan penyelesaian yang diberikan oleh
Allah…percayalah, saya juga pernah melaluinya…,”tersenyum mengucapkan terima
kasih kepada Harakahdaily.

Turut mencuri perhatian ialah seorang saudara baru yang berasal daripada
Afnka yng dikenali sebagai Hilal Abdullah, bakal melanjutkan pelajaran di
Kanada dalam masa terdekat.

Cuma kisah pilu Hilal yang berasal dari satu kawasan bernama Brundi,ialah
kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh kerana berhasrat memeluk agama Islam.



Sebenarnya insan-insan bertuah ini antara 11 orang saudara baru yang kami
temui di Hidayah Centre, Pusat Komuniti JIM, petang semalam.



Hidayah Centre adalah sebuah institusi di bawah JIM yang ditubuhkan sejak
2005, berperanan sebagai pusat sokongan kepada saudara baru membawa tema
hidayah yang menarik perhatian iaitu “Saudara baru, Saudara Kita”.



Objektif penubuhannya adalah untuk memberi penempatan sementara serta
memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat.

Semalam, Hidayah Centre mengadakan sidang media Majlis Pelancaran Buka Puasa
yang dihadiri saudara-saudara baru yang kelihatan begitu ceria tetapi
malu-malu dan tersipu bilamana lensa kamera menyorot wajah bercahaya mereka.

Sebelum sidang media dimulakan oleh jurucakap Hidayah Centre,Joannes Lukas
yang juga seorang saudara baru, majlis dimulakan dengan penyampaian
sumbangan kepada saudara-saudara baru yang hadir.

Ketika ditanya tentang aduan, masalah dan antara kekangan yang dihadapi oleh
saudara baru, Joannes menjelaskan ianya terbahagi kepada beberapa perkara
antara yang utama ialah ancaman daripada keluarga dan ketiadaan pekerjaan.

“Bila ada ancaman, maka kita berusaha sediakan penempatan dan penginapan
sementara kepada mereka.

“Bagi yang tiada pekerjaan kerana terpaksa berpindah atau disisihkan, kita
mempunyai jaringan dengan NGO Islam dan syarikat yang bersedia memberi
peluang pekerjaan bagi saudara baru ini,” katanya.

Setakat ini Hidayah Centre telah beroperasi di 14 cawangan di sembilan buah
negeri manakala sejumlah 432 saudara baru yang berdaftar dengan pusat ini.

Bagi meneruskan pengoperasian dan untuk memberi bantuan kepada
saudara-saudara baru, Hidayah Care akan menganjurkan Program Majlis Berbuka
Puasa pada 12 September ini, di Putrajaya.

Menurut Pengarah Program Nasiruddin Tahir majlis itu bertujuan bagi mengutip
dana melalui tajaan meja makan ataupun sumbangan syarikat, kumpulan atau
individu yang berasa terpanggil untuk membantu saudara baru.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Joannes Lukas atau Rosmawati
Zainal di 03-41053159 atau 03-41089669.

Moga sudi membantu dan meringankan beban saudara baru yang juga saudara
kita.

Kirim email ke