"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut 
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang 
bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di 
tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah 
kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu 
dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi

heheheh...

ps: Anda sedang mencari Applikasi untuk meneroka nama anak dalam Islam, 
Sandwic, Katering Servis, Hadiah, HPA Produk Herba, Ais Kiub, Tudung, Kain Ela, 
Cadar Katil, Baju Kanak-Kanak dan lain-lain? Jom muat turun katalog & dapatkan 
diskaun: http://www.21stcenturymuslim.com/shop/



      

Kirim email ke