Ramai kesal bila ketua paling besar yang dok jaga hal keselamatan dalam negara disambung khidmatnya setahun lagi. Apa nak buat kerana dia dan anggota di bawahnya dikatakan bukan menjaga keselamatan negara tapi lebih kepada menjaga keelamatan dan kesinambungan UMNO/BN untuk terus berkuasa. Pilihanraya mungkin tidak diyakini lagi akan menyebelahi mereka tapi kuasa pasukan "keselamtan" mungkin dapat melanjutkan usia UMNO/BN. Maka sebagai sebuah pasukan merangkap ? sayap UMNO/BN ketegasan mereka hanya sekadar gembar gembor sahaja. Hakikatnya apa yang diamalkan hanyalah sikap keras.
Jika ada demonstrasi bakal diadakan oleh pemimpin dan penyokong pembangkang dan NGO mereka bersedia berhari-hari sebelum hari cadangan berdemonstasi diadakan. Tindakan pula cukup keras tapi bila ada kumpulan yang demonstrasi kerana ingin memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor mereka tidak pula bertindak keras mau pun tegas !! Tiada sebarang halangan pun keatas penunjuk perasaan yang mengarak dan menendang kepala lembu !!
Media-media yang mereka kuasai yang menjadi lidah rasmi parti itu tidak henti-henti mengatakan bahawa demonstrasi itu bukan cara kita tapi nampaknya ianya tidak boleh atau bukan cara kita kalau pembangkang yang anjur tapi boleh pula jika puak dia yang lakukan !! Mana tanggongjawab puak yang sepatutnya jaga keselamatan termasuk ketua yang kecil dan yang paling besar bersembunyi ?? Jadi disamping tegas (bukan keras) jangan lupa bahawa satu lagi ciri yang ditetapkan dalam Islam ialah adil (untuk semua) !!
Yang sekian lama berlaku adalah kerasnya UMNO terhadap musuh-musuhnya terutama parti-parti yang memperjuangkan keadilan dan Islam. Janganlah kerana ada beberapa anggota dalam puak/ orang politik/ kumpulan pendakwah yang memperjuangkan Islam itu atau ahli kelaurganya yang tidak terdidik kita harus menolak perjuangan mereka. Kalau begitu Nabi Noh a.s sendiri harus ditolak kerana anaknya tidak beriman dengan Allah swt sepertimana Nabi Noh serukan !! Saya setuju agar janganlah kita (tak kiralah di pihak mana pun kita berada) buat-buat tak nampak yang berlaku depan mata kita tapi nampak sikap buruk orang lain sahaja. Elok dikaji semula pandangan mengatakan Islam itu tegas bukan keras !! Apakah ianya dalam semua keadaan ??!! Wallahua'lam.
ibnuAli
Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu dikatakan tegas.
Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.
Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang dan para da’i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.
Salaam & Regards
Amri el Wahab |
- Help Palestine [hidayahnet] TAZKIRAH: ISLAM ITU TEGAS BUKAN ... amri el wahab
- Re: Help Palestine [hidayahnet] TAZKIRAH: ISLAM ITU TEG... Kholid Ali

