Dipetik dari:
http://muzir.wordpress.com/2009/09/07/jangan-berputus-asa-kembalilah-kepada-tuhanmu/


Jangan Berputus Asa, Kembalilah Kepada Tuhanmu.
Posted on September 7, 2009 by shahmuzir
 
Buat diriku dan sekalian ummat manusia, hampir setiap hari kita kadang-kadang 
dengan sengaja atau tidak sengaja menghimpun dosa.  Baik dan jahat 
bercampur-campur kita lakukan.  Pahala dan dosa berganti-ganti mengisi karung 
amalan kita.  Namun, sebagai manusia kita sentiasa cuba mengkoreksi diri dan 
beristighfar tatkala sedar dari lamunan orang berdosa.
 
Jika kita manusia yang jarang atau tidak pernah insaf sebelum ini, tetapi mahu 
kembali kepada ALLAH.  Nah, pintuNYA sentiasa terbuka luas.  Marilah kembali 
kepadaNYA, jangan tangguh lagi.  Masih ada harapan.  Kerana DIA Maha Pengampun, 
lagi Maha Penyayang… 
(Klik utk menonton video lagu KEMBALI:)
http://muzir.wordpress.com/2009/09/07/jangan-berputus-asa-kembalilah-kepada-tuhanmu/
 
ALLAH subhanahu wata’ala sentiasa bersedia dengan pengampunan.  Dan taubat 
seorang yang bertaubat akan menghapuskan dosa-dosanya yang terdahulu…
 
ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:
 
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ 
رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ 
الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
>Bermaksud:  “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri 
>mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya 
>Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun 
>lagi Maha Penyayang” (Az Zumar: 53)
Dan dari Anas bin Malik radhiAllahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah 
sallAllahu ‚alaihi wa sallam bersabda:
“Alloh subhanahu wa ta’ala berfirman: ‘”Wahai anak adam, sesungguhnya jika 
engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku 
tidak akan memperdulikannya lagi.  Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu 
memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya Aku akan 
mengampunimu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan 
kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat 
syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan 
sepenuh bumi pula. (HR Tirmidzi, beliau berkata: “hadits ini hasan”)
Ayuh, saudaraku semua!  Tak kiralah samada anda pernah mencuri, 
berbohong, meninggi suara terhadap ibubapa, menzalimi orang lain, berzina, 
membunuh atau sebagainya; BERTAUBATLAH!. 
 
Selagi nyawa belum dicabut dari tubuhmu, taubatmu masih akan diterima ALLAH, 
mudah-mudahan.
 
Semoga kita beroleh TAQWA, amin.

www.muzir.wordpress.com

 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p  :  019-3826408
email:  [email protected]
website:  www.takafulonline.net


      

Kirim email ke