Maafkan saya, selalunya dalam gurau senda orang Malaysia banyak saya perhatikan 
ada
elemen fitnah/tipu/bohong. Saya bagi contoh..

di pejabat apabila seorang isteri datang ke pejabat suami. Maka adalah suara 
latar ( dari sepramh kawan) yang menegur.
Mat, semalam tengok perempuan lain, hari ini perempuan lain pulak. Kan tak elok 
bunyinya pada telinga isteri. Mungkin mereka akan bergaduh selepas itu bila 
pulang ke rumah.

Atau kalau ditempat kenduri...

Tak payah bagi Mat ayam dia tak makan ayam. Sedangkan Mat adalah manusia normal 
yang makan ikan, daging dan ayam.
Bagi kawan2 Mat mereka boleh ketawa sebab kenal denga perangai Mat. Akan tetapi 
bagaimana dengan orang lain yang tak mengenali Mat? Mereka akan berpandangan 
bahawa Mat memang tak makan ayam.

Bukan kah semua itu fitnah? Elakkanlah gurau atau seloroh yang berbentuk fitnah 
ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

 



________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, September 1, 2009 16:00:32
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Gurau dan Canda Rasulullah SAW

 

 
 

Gurau dan Canda Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, 
dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, 
bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang 
benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" .
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya 
bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. 
"Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". 
"Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta 
kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap 
mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai 
gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan 
tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.
 
 
regards
mazlina mohd nazir
http://pokoksena85. blogspot. com/




      Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke