Cara nak memagari diri dari terkena sihir
Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir
dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.Ilmu ini
tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan
kekusyukan.Waktunya..
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan 
hari jumaat bagi memagar rumah. Caranya.
1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah
sekaligus,buat berasingan).
3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.Dan
semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan
kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi
hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4)Ulangi perbuatan yang ke 3 tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.
5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang
masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg
lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula
caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman
dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu
berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk
kelilingnya pula.Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari
ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg
mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki
rumahnya tidak jumpa jalan keluar.
Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama
sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg
telah
diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak
yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja >untuk
mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah)..
apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang
kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-fikirkanlah.
 http://zailina88.blogspot.com


      

Kirim email ke