Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu!" (Riwayat Muslim)
