Mula-mula tanah adat pastu cadangan hapuskan elaun YTM Dato'-Dato' Undang Luak 
dan hari ni..bila Anak Rembau balik ke Rembau telah menerima satu berita bahawa 
Masjid Bongek akan dirobohkan bagi membolehkan pembinaan landasan keretapi.

Adakah memang ini tujuan pimpinan negeri agar masyarakat Negeri Sembilan tidak 
peka dan tidak memahami mengenai Adat Perpatih. Akhirnya Adat Perpatih akan 
terhapus maka mudahlah golongan yang berkepentingan melaksanakan apa dihajati. 

Anak Rembau memang tidak bersetuju kalau Masjid Bongek dirobohkan. TIDAK SAMA 
SEKALI. Kenapa kita terlalu mudah memberikan apa yang kita punya. 

Anak Rembau amnya dan Anak Bongek khususnya....pertahankan masjid 
kita.....Rembau terkenal dengan ulama'nya terutama di Bongek, Chengkau, 
Penajis, Gadong dan kawasan sekitarnya. 

Jangan tidur lagi...BANGUN DEMI MEMPERTAHANKAN HAK KITA SEBAGAI MASYARAKAT 
BERADAT DAN ORANG ISLAM...TERLALU BANYAK TELAH KITA KORBANKAN..

Telah tiba masanya Institusi Adat dan Masyarakat bersatu mempertahankan hak 
masyarakat Adat

Pembangunan bukan alasan untuk melakukan apa saja yang kita mahu. Matlamat 
tidak menghalalkan cara.

Cerita sepenuhnya di 
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/09/rembau-yang-ku-sayangi.html 





      

Kirim email ke