Siapakah Mahram Bagi Wanita

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Pada artikel yang lepas kita telah pun melihat berkenaan aurat wanita yang 
wajib ditutup apabila keluar rumah dan untuk menutup dari pandangan kaum lelaki 
yang bukan mahram. Jadi, melalui artikel ini, ia bakal menjelaskan pula 
siapakah mahram wagi wanita sekaligus setakat manakah batas aurat di hadapan 
mahram.

Definisi mahram (bagi wanita)

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, 
melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk 
selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. (Lihat: Abu Malik 
Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 156)

Siapakah Mahram?

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan 
(menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan 
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka 
menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah 
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau 
ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau 
putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau 
putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan 
mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau 
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau 
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka 
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya 
kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bolehnya mahram melihat 
bahagian perhiasan (aurat tertentu) dari tubuh wanita.

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau 
ayah mereka, atau...”

Di antara hikmah bolehnya wanita tidak menutup bahagian aurat tertentu di 
hadapan mahram adalah bagi memudahkan pelbagai urusan mereka. Di mana antaranya 
mereka sentiasa berada bersama bercampur-baur di dalam rumah yang sama.

Daripada ayat tersebut, Allah Subhanahu wa Ta’ala memulakannya berdasarkan 
turutan berikut:

1 – Suami.

2 – Bapa, termasuk datuk. Termasuk datuk dari pihak ibu.

3 – Bapa suami (bapa mertua).

4 – Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan 
seterusnya.

5 – Saudara secara mutlak, sama ada saudara kandung (adik-beradik), saudara 
se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah.

6 – Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan.

7 – Pak cik dari pihak ayah atau dari pihak ibu. Mereka termasuk di dalam 
cakupan mahram, walaupun tidak termasuk di dalam ayat tersebut.

Terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa pak cik dari pihak ayah atau dari 
pihak ibu tidak termasuk mahram yang dibolehkan untuk tidak menutup aurat. Ini 
adalah berdasarkan daripada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari 
‘Ikrimah ketika menafsirkan ayat 31 dari surah an-Nuur, “Ia (‘Ikrimah) berkata, 
“Pada ayat ini Allah tidak menyebutkan pak cik dari pihak bapa atau pak cik 
dari pihak ibu. Kerana hukum pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak 
ibu mengikuti putera-putera pak cik mereka (sepupu). Dengan demikian, mereka 
tidak boleh melepaskan khimar (tudung) ketika berhadapan dengan pak cik dari 
pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu.” (Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 
4/338. Lihat: Tafsir Ibnu Katsir)

Namun, (lebih tepat) kebanyakan ulama berpendapat bahawa mereka (Pak cik dari 
pihak ayah atau dari pihak ibu) adalah sama hukumnya dengan mahram yang lainnya 
dengan berdalilkan hadis dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Bahawasanya Aflah, saudara Abul Qu’ais (iaitu pak cik sepersusuannya) datang 
meminta izin untuk menziarahinya (menemuinya) setelah diturunkan ayat Hijab. 
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Aku tidak mengizinkannya”. Ketika 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam datang, aku menceritakan apa yang telah 
aku lakukan. Ternyata beliau menyuruhku supaya mengizinkannya menemuiku.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari. Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, 
jil. 2, m/s. 158)

8 – Mahram kerana sepersusuan juga tidak disebutkan melalui ayat terebut. 
Namun, para ulama berhujjah dengan hadis dari ‘Aisyah tadi dan bersepakat 
bahawasanya mereka sama seperti mahram yang lainnya.

Mahram Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya

Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang 
perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang 
perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari 
saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu 
yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; 
ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari 
isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu 
itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan 
diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan 
(dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi 
pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan 
(diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang 
kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. 
Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri 
dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang 
telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka 
maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban; dan tiadalah mengapa bagi 
kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan 
mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah 
an-Nisaa’, 4: 23-24)

Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram

Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita 
seperti anggota-anggota wudhu’. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 6/554)

Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

“Dahulu kaum lelaki dan wanita pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam 
melaksanakan wudhu’ secara bersama-sama.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 193)

Dapat difahami daripada peristiwa ini ia adalah khusus bagi para isteri dan 
mahram. (Ibhu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 1/465)

Menurut Ibnul Jauzi rahimahullah:

“Di dalam hadis tersebut terdapat suatu penjelasan yang menunjukkan bahawa 
seseorang lelaki boleh melihat anggota-anggota wudhu’ bagi mahramnya, demikian 
juga sebaliknya.” (Ibnul Jauzi, Jami’ Ahkam an-Nisaa’, 4/195)

Penutup

Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada 
auratnya apabila berdepan dengan mahram. Dan wajib mengenakan penutupan aurat 
dengan sempurna kepada selain mahram iaitu kepada sebagaimana individu yang 
dijelaskan di atas. Ada pun penutupan aurat dengan sempurna, bolehlah merujuk 
semula kepada artikel sebelumnya.


@Brother Nawawi


------------------------------------

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at 
[email protected] with the title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  Yahoo! Groups 
Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke