Salam, Dalam menghadapi PRK bagi N31 DUN Bagan Pinang yang akan berlangsungtidak lama lagi, amak ini adalah masa yang terbaik kepada mereka yang menghadapi masalah sedemikian mendesak dan menuntut kerajaan negeri menyelesaikan kesulitan yang ditanggung sekian lama. Pakat ramai-ramai pergi ke rumah atau pejabat UMNO Bahagian MB atau terus ke pejabat MB untuk membuat desakan tersebut. Kes sedemikian pastinya akan selesai dalam jangka waktu terdekat dan cepat. Jika MB masih gagal menyelesaikan masalah tersebut, dalam masa kempen PRK Bagan Pinang, dtang beramai-ramai ikut ke mana sahaja Tan Sri Mahyuddin Yassin, TPM, dan Khairy Ketua Pemuda UMNO dan lain-lain pemimpin UMNO pergi berkempen atau berceramah. Buat tuntutan dn jika boleh adakan sidang akhbar menuntut dan mendesak agar kerajaan menyelesaikan masalah yang berlanjutan itu. Insya Allah, perkara berkenaan akan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat sebelum menjelangnya Hari Mengundi. Apabila berlaku pilihanraya, dan dalam tempoh berkempen, rakyat boleh menuntut dan meinta atau mendesak apa sahaja kerana pada masa itu UMNO amat prihatin akan masalah yang dihadapi rakyat dan tidak akan mengelak dari memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat tanpa had ibarat "sky is the limit". Dalam tempoh itu juga, pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri UMNO/BN mudah ditemui, dan sentiasa senyum apabila bertemu rakyat. Itulah rahsia kecekapan UMNO dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Sebab dalam tempoh berkempen, Aladdin meminjamkan lampu ajaib kepada UMNO untuk menyelesaikan masalah dan pemintaan rakyat. Dalam tempoh itu juga, wahyu akan turun kepada pimpinan UMNO untuk memberikan keputusan insitu pada masa permintaan itu dikemukakan. Sekian dan wassalam, para_jump101
--- On Sat, 9/5/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] UMNO selesai dulu perumahan terbengkalai di N.Sembilan To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Saturday, September 5, 2009, 4:03 PM Begitu banyak masalah rakyat di N.Sembilan sejak sekian lama. Dengan adanya pilihanraya kecil di Bagan Pinang , akan terbongkarlah masalah rakyat yang telah lama terpendam. Antaranya masalah perumahan terbengkalai dan projek Gajah Putih. Layari laman web Perumahan Terbengkalai Negeri Sembilan di http://terbengkalai .blogspot. com Layari Projek Gajah Putih Negeri Sembilan di http://gajahputihn9 .blogspot. com Layari laman web PAS Negeri Sembilan di http://pasns. blogspot. com
